Mangsa ‘body shaming’! Aizat Amdan akui terkesan, kurang kongsi gambar di media sosial
Sering menjadi mangsa ‘body shaming’, penyanyi Aizat Amdan berharap orang ramai dapat menghentikan perbuatan mengejek saiz fizikal seseorang individu.
Menurut laporan Utusan, penyanyi berusia 34 tahun itu berkata, perbuatan tersebut dilihat semakin keterlaluan terutama di media sosial seolah-olah tidak memikirkan kesan emosi terhadap mangsa.
Aizat berkata, kadang kala dia meluahkan tentang perkara itu dengan isterinya Elyssa Alia Ilias selain kurang memuat naik gambar di media sosial.
“Saya tak tipu memang komen-komen itu memberi kesan kepada diri saya. Contohnya baru-baru ini saya buat persembahan di satu festival yang dihadiri beribu pengunjung. Tapi yang diperkatakan bukan persembahan tapi penampilan fizikal saya.
“Saya mahu orang faham, ‘body shaming’ ini perbuatan yang sangat tidak baik. Fatwa juga dah nyatakan ia haram.
“Selama ini saya tepis sahaja komen begini, tapi ada saatnya saya luahkan juga kepada isteri. Mungkin sebab itu jugalah saya jarang berkongsi apa-apa di laman sosial,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Sampai Ke Hari Tua memaklumkan dirinya dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit kronik meskipun mengalami perubahan saiz fizikal.
“Mungkin mereka risaukan kesihatan saya. Jadi saya nak beritahu kepada semua yang saya sihat sahaja Alhamdulillah. Tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
“Hentikanlah body shaming, sebab sepatutnya perbuatan ini sudah patut hilang sejak 10 tahun lepas.
“Kita sepatutnya sudah lebih matang. Jika nak cipta perbualan dengan seseorang, perbualan mengenai saiz fizikal bukan cara yang baik.
“Ramai artis di luar sana yang saiz badannya besar namun ia bukanlah satu isu. Luar negara sudah membuktikannya,” ujarnya.
Sumber: Utusan (Wafa Aula), Instagram Aizat Amdan
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source