Ikan Pun Tak Tahan Panas! Ribuan Ekor Ditemukan Mati Di Kampus UniSZA
Fenomena cuaca panas, Ayunan Selatan El Nino (ENSO) atau El Nino yang sedang melanda Malaysia kini bukan sahaja telah mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat kita. Malah, kelompok haiwan juga tidak terlepas mendapat impak susulan cuaca panas.
Khamis lalu, warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikejutkan dengan kematian beribu-ibu ekor ikan talapia di tasik utama kampusnya.
Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA, Fathurrahman Lananan berkata, ribuan bangkai ikan itu ditemukan akibat cuaca panas dan peningkatan muatan organik yang mengakibatkan kekurangan oksigen terlarut.
Fenomena cuaca panas berdasarkan El Nino dengan suhu di Kuala Nerus mencecah 33 hingga 34 °C menyebabkan peningkatan suhu air di tasik UniSZA.
Kata Fathurrahman, peningkatan suhu ini menyebabkan penurunan keupayaan muatan oksigen terlarut dalam air yang menggerakkan keseimbangan oksigen dalam ekosistem tasik.
Kematian ribuan ikan itu diburukkan lagi dengan peningkatan Biological Oxygen Demand atau BOD di Tasik UniSZA yang menyebabkan penurunan oksigen terlarut yang melampau sehingga menyebabkan kematian ikan bersaiz besar dan sederhana.
Ikan bersaiz lebih besar tersebut mati dahulu berbanding yang bersaiz kecil kerana ia memerlukan oksigen terlarut lebih tinggi.
Sekiranya corak oksigen terlarut berterusan menurun, besar kemungkinan ikan bersaiza lebih kecil malah telur ikan dan seluruh populasi hidupan akuatik di Tasik UniSZA juga boleh turut mati.
Semoga fenomena cuaca melampau ini akan berakhir segera pada bulan Julai seperti yang diramalkan sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: El Nino Dijangka Mei Hingga Julai Melanda Malaysia. Ini 7 Perkara Wajib Tahu
SUMBER: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source