Resipi Kepak Ayam Goreng Serai Thai. Goreng Dua Kali Untuk Lebih Sedap
Resipi kepak ayam goreng Serai Thai ini memang super yummy. Rahsiaya kena goreng dua kali. Macam mana tu? Siapa yang dah pernah cuba, mesti tahu kesedapan ayam ni. Ratah macam tu je pun sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Ateekah ini Selamat mencuba.
Resipi Kepak Ayam Goreng Serai Thai
Bahan-bahan:
½ kilo kepak ayam (dicuci bersih)
2 batang serai (dipotong 2cm, tumbuk hancur mengunakan lesung batu)
½ sudu kecil garam – boleh beli online di sini
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk cili – boleh beli online di sini
1 sudu kecil gula– boleh beli online di sini
½ sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Ditumbuk@Dikisar Halus Tanpa Air:
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam – boleh beli online di sini
5 ulas bawang putih
Cara Memasak:
Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI daun limau purut dan minyak masak) serta bahan Yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. Bila minyak panas, masukkan ayam dalam kuali dan goreng sekitar 5- 7 minit.
Kemudian angkat dan rehatkan 3 minit.
Kemudian, gorengkan semula ayam tadi 1-2 minit dengan minyak yang sama dan panas.
Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas. Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Gaul ayam bersama daun limau purut.
Siap untuk dihidangkan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ayam Goreng Pedas Resipi Istimewa Daripada Tuanku Permaisuri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source