Bekas isteri tak setuju nafkah anak dikurangkan, Sam Bunkface harap dapat keadilan
Nampaknya, kemelut rumah tangga yang membabitkan penyanyi, Sam Bunkface bersama bekas isterinya, Aida Azira Hussin masih belum menemui jalan penyelesaian selepas Aida tidak bersetuju jumlah nafkah anaknya sebanyak RM1,300 dikurangkan.
Menurut laporan Berita Harian, Aida membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira anak mereka iaitu Maleeq yang kini berusia 7 tahun tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
“Sekiranya nafkah dikurangkan, bermakna saya perlu kurangkan perbelanjaan anak. Kos itu termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan ke sekolah dan utiliti seperti bil air dan elektrik.
“Jika dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan Maleeq di mana setiap kali mengambilnya dari sekolah, anak saya berbelanja kira-kira RM15 untuk membeli makanan seperti ais krim dan ‘toys’ (permainan).
“Selain itu, anak tidak selesa kerana perlu mengehadkan penggunaan penghawa dingin yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)” katanya.
Foto NSTP/ Faiz Anuar
Perkara itu dimaklumkan oleh Aida ketika menjawab soalan daripada peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam selaku plaintif pada perbicaraan pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, petang tadi.
Jelasnya, selain makanan dan perubatan, nafkah yang diberikan oleh bekas suaminya itu digunakan untuk membayar pelbagai keperluan antaranya insurans dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang perlu dibayar secara bulanan.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 26 Jun depan bagi prosiding pemeriksaan balas yang akan dilakukan peguam syarie mewakili Aida.
Terdahulu, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Baharum mendedahkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah menyebabkan dia mengurangkan jumlah nafkah daripada RM1,300 kepada jumlah yang boleh mampu diberikan.
Katanya, dia terpaksa berbuat sedemikian memandangkan lebih dua tahun perniagaannya terjejas yang menyebabkan punca pendapatannya menjadi terhad.
Pun begitu, ketika ditemu bual media, Sam berharap agar keadilan berpihak kepadanya dan menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source