Hargai peminat negara ‘seberang’, Anna Jobling terbang ke Jakarta anjur rumah terbuka
Demi peminat tersayang, pelakon cantik, Anna Jobling telah terbang ke Jakarta bagi bertemu para penyokong dari negara seberang dalam Halal Bihalal yang dianjurkan.
Disambing bertemu peminat di Halal Bihalal atau majlis rumah terbuka, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, turut ke Jakarta atas urusan kerja.
“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula”
“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen” jelasnya.
Dalam pada itu, Anna juga sempat menjelaskan berkenaan isu Rumah Terbuka apabila dia dikecam disebabkan salah faham.
Menurut pelakon utama drama Melur Untuk Firdaus ini, dia mengatakan tidak mahu berkongsi alamat rumah keluarganya di Melaka berikutan ruangan kediaman yang agak kecil serta tidak mahu mengganggu privasi keluarga.
Jadi, ia sama sekali tidak timbul isu adil ataupun tidak kepada para peminat dari Malaysia mahupun Indonesia.
“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya” katanya.
Walau bagaimanapun, pelakon itu menyatakan yang para peminatnya sangat memahami dan tetap menyokong penuh kerjaya seninya hingga ke saat ini. Jadi, dia akan sehabis baik mencari ruang untuk sama-sama meluangkan masa bertemu dengan mereka.
Difahamkan, Anna telah ke Jakarta bagi menyelesaikan beberapa urusan kerja dan bertemu peminat. Dia juga memaklumkan terpaksa menolak beberapa tawaran dari produksi sana berikutan terikat dengan jadual kerja yang agak ketat di Malaysia.
Jadi, setakat ini, pihak pengurusan sedang mencuba yang terbaik untuk menyusun jadual bagi mempertimbangkan beberapa tawaran pada masa akan datang.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source