Suami bukan ‘kaki’ media sosial, Ramona Zamzam tak risau penyondol
Pelakon cantik, Ramona Zamzam memaklumkan yang dia tidak bimbang suaminya, Rami Alashkar berkemungkinan diganggu ‘penyondol’ kerana lelaki itu kurang aktif di media sosial.
Memetik laporan dari Kosmo! Ramona menyatakan yang Rami Alashkar lebih menfokuskan kepada tanggungjawab keluarga dan mengisi kekosongan dengan sibuk menguruskan perniagaannya.
“Bukan tak takut kepada penyondol, tetapi Alhamdulillah sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga kami sentiasa mengingatkan supaya setia terhadap satu sama lain.
“Kami berdua umpama satu pasukan yang saling menyokong. Memang tenang, tambah-tambah suami pun tak aktif dalam media sosial. Malas katanya.
“Benda ini sebenarnya bawa kedamaian, cuma sebelum ini dia ada tertanya-tanya kenapa saya fokus pada telefon. Saya terangkan ini juga sebahagian kerja, tetapi berpada-pada” katanya.
Pemilik nama sebenar, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam itu juga memaklumkan yang suami sangat memahami kerjayanya dan tidak kisah bergilir menjaga anak tunggal mereka, Ivanna.
Jika saya menjalani penggambaran, dia yang banyak menguruskan perniagaan dari rumah akan menguruskan anak, apabila dia keluar mesyuarat atau kerja di luar, saya pula ambil alih tugas di rumah,” ujarnya.
Untuk rekod, Ramona Zamzam yang bakal terlibat dengan satu program lawak di televisyen tidak lama lagi telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Palestin pada 1 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2017.
Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source