Nak Bagi Sedap Kari Telur Kentang, Guna 2 Jenis Rempah Ini
Buat kari telur, meskipun nampak ringkas, tapi memang sedap dinikmati. Buat pula kuah pekat dan ditambah dengan kentang, gerenti menambah-nambah nasi. Dapat pula dihidangkan dengan lauk tambahan; ikan masin dan sambal belacan, aduhai kekenyangan perutnya.
Mahu dapatkan resipi kari telur dan kentang yang sedap ini, boleh ikuti perkongsian resipi daripada De Norms Latorel ini. Memang tampak menyelerakan. Jom kita buat. Ada sayur kubis goreng ni, memang ngam.
KARI TELUR DAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur ayam (direbus dan dikupas)
5 biji kentang (dikupas, belah 4, bilas dan toskan)
10 batang daun kari (dibuang batang dan cuci)
8 sudu besar pes bawang besar (yang telah dikisar)
3 sudu besar pes bawang putih (yang telah dikisar)
1 ½ sudu besar pes halia (yang telah dikisar)
1 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
1 cawan minyak masak
5 sudu besar kari ayam Baba’s – Boleh beli online di sini
3 sudu besar kari ikan Baba’s
2 batang kulit kayu manis* – Boleh beli online di sini
4 kuntum kecil bunga lawang*
4 biji cengkih*
4 biji buah pelaga*
2 keping kecil asam keping (dibilas)
1 ½ kotak santan kotak (yang 200gm) – Boleh beli online di sini
*Rempah 4 sekawan
CARA-CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak.
Masukkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dengan api kecil selama 5 minit.
Kemudian, masukkan daun kari, serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan ke dalam periuk. Sebelum itu, campurkan kedua-dua serbuk kari ini di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan likat.
Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar dan sentiasa kacau sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. Api sederhana.
Setelah itu, masukkan kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk, bimbang kentang hancur.
Hancurkan kiub pati ayam dan masukkannya.
Masukkan juga asam keping dan kacau rata.
Apabila kari dah pecah minyak, masukkan santan. Kacau lagi on off sehingga santan pecah minyak.
Perasakan dengan garam.
Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telur yang telah direbus. Ketika ini, kentang pun sedang elok empuk dan tidak pecah. Dah boleh tutup api.
Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: De Norms Latorel
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
4 Jenis Roti, Idea Untuk Buat Sarapan Atau Snek Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source