Kedah negeri pertama anjur Konvensyen Perpaduan menjelang PRN
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah Mahdzir Khalid berkata Zahid Hamidi dijadual merasmi konvensyen itu pada Ahad.
PETALING JAYA: Seramai 1,300 perwakilan daripada gabungan parti kerajaan perpaduan dijangka menghadiri Konvensyen Perpaduan Kedah yang akan berlangsung di Ampang Business Centre, Alor Setar, pada Ahad.
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah Mahdzir Khalid, berkata konvensyen itu adalah platform untuk semua kepimpinan parti berkongsi maklumat serta pandangan sebagai persediaan menghadapi PRN tidak lama lagi.
“Saya juga melihat konvensyen ini dapat mengeratkan lagi hubungan BN (Barisan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan) untuk bergerak selangkah lagi ke hadapan bagi memastikan kemenangan dapat dicipta di Kedah pada PRN nanti.
“Kita ada sekurang-kurangnya 60 hari lagi untuk hadapi PRN, jadi kita mahu adakan perjumpaan dan perbincangan bukan di peringkat atasan tetapi kita mahu turun berjumpa dengan lapisan kedua, ketiga sehingga akar umbi daripada semua 15 Parlimen di Kedah,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dijangka merasmikan konvensyen itu.
Sementara itu, Mahdzir mengharapkan rakyat Kedah memberikan kepercayaan dan mengundi gabungan parti kerajaan perpaduan pada PRN nanti dalam memastikan kerajaan negeri sama seperti kerajaan Pusat di Putrajaya bagi memudahkan segala urusan berkaitan.
“Setakat ini, sambutan (terhadap kerajaan perpaduan) yang diterima menggalakkan kerana menerusi penerangan dari semasa ke semasa, ramai sudah faham apakah itu kerajaan perpaduan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source