‘Redeem’ Kesalahan & Perluas Bakat, Tujuan Utama Aufahanie Dalam Big Stage 5
Nama penyanyi meningkat naik seorang ini mula dikenali umum menerusi cover lagu yang sering dimuat naiknya di media sosial.
Aufahanie, gadis muda yang baru berusia 20 tahun ini antara bakat baharu yang tidak pernah berhenti berjuang dalam melebarkan saya dalam industri muzik tanah air. Pernah menyertai beberapa program realiti, terkini Aufahanie turut menjadi salah seorang peserta Big Stage 5 bersama 11 peserta yang lain.
Katanya, tujuan utama menyertai rancangan realiti popular itu adalah untuk ‘menebus’ semula kesalahan yang pernah dilakukan terdahulu selain ingin memperluas lagi bakat yang tersemat dalam dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanda Tanya Terjawab, Siti Nurhaliza Buka Mulut Sebab Tolak Duduki Kerusi Juri Big Stage 5
“Sebenarnya, saya memang sudah lama teringin nak masuk Big Stage untuk saya memperluas lagi bakat.
“Tetapi, few years back, saya ada menyertai sebuah pertandingan ini. Jadi kini cita-cita nak masuk rancangan ini lebih daripada saya mahu lakukan redemption, nak redeem semula diri saya dengan kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu. Ya, itulah tujuannya,” tuturnya kepada Remaja.
Susulan insiden dikecam hebat apabila terkucil ketika secara langsung sebuah program televisyen, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya bahkan menjadi salah satu penyebab untuk terus berjuang apabila mara sebagai seorang peserta Big Stage 2023.
Jelas pelantun lagu Geming Jiwa itu lagi, keluarga tercintanya adalah punca utama meningkatkan semangatnya untuk terus melawan perasaan gemuruh yang lebih dikenali stage fright ketika melakukan persembahan di atas pentas.
“Sejujurnya, selepas kejadian di pentas Vokal Mania itu saya berasa sangat takut untuk melakukan persembahan di depan umum. Namun, keluarga saya selalu mengajar untuk overcome jika ada persembahan umum nak bernyanyi, pergi sahaja.
“Pada Konsert Malam Galau di Johor Bharu, baru-baru ini saya rasa dapat mengatasi stage fright saya sedikit. Kemudian, masa minggu pertama perasaan gementar saya tidak seteruk seperti dahulu,” katanya.
Meski sebelum ini sering disamakan dengan penyanyi yang sedia ada, namun salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga ini tidak mengambil pusing malah menerima dengan hati yang terbuka akan perkara tersebut. Tambah Aufahanie, dia turut sempat berkongsi harapan terbesarnya dalam industri ini.
“Ramai juga orang di luar sana menyamakan wajah saya dengan penyanyi Sarah Suhairi, saya tak deny perkara itu dan saya terima sahaja. Selain itu, saya juga menerima komen yang menyatakan ton suara saya seperti Dayang Nurfaizah, pada masa sama bersyukur sebenarnya.
“Apa yang paling penting sekarang adalah harap-harap sedap di halwa telinga orang sahaja. Daripada harapan terbesar saya sertai Big Stage, saya juga mencari tempat dalam industri muzik Malaysia.
“Saya berharap moga semua pendengar dapat terbuka hati dan menerima saya dalam industri ini. Insya-Allah, saya akan kerja lebih keras agar dapat menjadi penyanyi yang berkualiti,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aufahanie
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source