“Saya Dah Biasa Kerja & Aktif” Emma Terkilan Dituduh Tak Pantang Sehingga Jatuh Peranakan
Berang dengan tuduhan netizen dirinya tidak berpantang dengan sempurna selepas bersalin anak kedua, aktres jelita Emma Maembong meluat dengan tohmahan tidak berasas tersebut.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, kalau boleh dia enggan ambil pusing dengan telahan khalayak namun nampaknya, kini semua semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan fitnah.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
Tegas Emma, keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik-baik belaka dan tidak seperti dakwaan sebilangan orang yang menyatakan dirinya menangis, tumpah darah dan sebagainya.
“Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah – semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung ,” katanya menerusi satu video di Instagram.
Jelasnya lagi, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika dan selepas melahirkan anak.
Namun, dia tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut berada dalam posisi terbaik.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.
“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya penuh sinikal.
Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.
Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.
Kredit: Emma maembong
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source