Ameng puji bakal menantu, diuji baca al- Fatihah sebelum restu kahwin
Penyanyi Ameng Spring meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka anak sulungnya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz, hari ini.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, dia memberi restu buat bakal menantunya kerana lelaki itu seorang yang seimbang dunia dan akhirat.
Malah, penyanyi berusia 55 tahun itu turut menguji bakal menantunya dari segi agama seperti bacaan wajib dalam rukun solat sebelum melepaskan anaknya.
“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik dan seimbang dunia akhirat.
“Alhamdulillaj, daripada segi agama memang dia tidak mempunyai masalah langsung. Saya memang berkenan dan tahu dia mampu menjaga anak saya dengan baik,”ujarnya.
Foto NSTP Rohanis Shukri
Dalam pada itu, Ameng juga tidak menyangka anak perempuannya itu ingin berkahwin sebelum mencecah usia 30 tahun memandangkan dia seorang obses belajar.
“Saya tak sangka dia ingin berkahwin secepat ini. Sebab dia jenis terlalu obses belajar. Saya ingatkan dia tiada masa bercinta.
“Saya ingatkan dia tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman yang terjadi antara saya dengan ibunya (bekas isteri, Datuk A. Aida) sebelum ini,”ujarnya lagi.
Foto NSTP Rohanis Shukri
Anak kepada penerbit Datuk A. Aida dan bekas suami, Ameng iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz di pusat perangingan, D’Manggis Janda Baik.
Sedondon dengan persalinan berona putih, pertunangan Aleesa dan Zain Azrai membuatkan A. Aida dan Ameng sebak kerana anak sulung mereka itu akan ‘dilepaskan’ dan bakal menuju jenjang pelamin tidak lama lagi.
Sementara itu, bekas isteri Ameng, Datuk A. Aida yang juga seorang penerbit tersohor meluahkan rasa sebak sehingga menitiskan air mata kerana anaknya kini menuju ke fasa alam perkahwinan tidak lama lagi.
Ujar A. Aida, dirinya berasa sukar untuk melepaskan Aleesa memandangkan puteri sulungnya itu dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sejak dilahirkan ke dunia.
“Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba dia akan dilepaskan menjadi milik orang.
“Selama ini, dia pergi kita akan ambil tahu. Sekarang (tidak lama lagi), dia akan menjadi milik orang sepenuhnya.
“Nanti dia dah tak tinggal dengan saya (akan ikut suami). Kalau ikutkan memang saya tak nak lepaskan, tapi ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Untuk kebaikan dia juga,”ujarnya.
Hari ini, berlangsungnya majlis perkahwinan anak A. Aida hasil perkahwinan dengan penyanyi Ameng Spring di di pusat perangingan, D’Manggis Janda Baik.
Majlis pertunangan pasangan masing-masing berusia 27 tahun itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak. Difahamkan, Aleesa dan Zain bakal disatukan sebagai suami isteri pada 15 Julai depan.
Sumber: Berita Harian (Raja Nurfatimah Mawar Mohamed )
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source