Ketua Pemuda UMNO sanggup serah sebulan gaji demi bantu adik Athif
Umum sedia maklum, rakyat Malaysia kini sedang bersatu hati dalam membantu adik Athif atau nama sebenarnya Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan selepas kejayaan mengumpul dana sebanyak RM9.28 juta untuk adik Naail menerusi misirakyat.
Difahamkan, adik Athif yang berusia 15 bulan turut menghidap penyakit yang sama seperti adik Naail Spinal Muscular Atrophy tahap 0 selepas beberapa bulan dilahirkan.
Sehingga kini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh misirakyat di laman TikToknya, jumlah keseluruhan telah terkumpul untuk adik Athif ialah RM3 juta yang membawa kepada 37 peratus.
Ramai telah berganding bahu menyalurkan sumbangan tanpa mengira agama dan bangsa serta apa yang menarik perhatian ramai adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh telah menyerahkan keseluruhan gajinya untuk sebulan berjumlah RM10,000 untuk membantu adik Athif.
Dalam hantaran tersebut, Akmal meluahkan rasa sebak terhadap nasib yang menimpa adik Athif selepas Allah menjentikkan hatinya untuk melihat keadaannya yang terkini.
Disebabkan itulah, dia berlapang dada untuk memberikan semua gajinya untuk kanak-kanak tersebut meskipun tidak mengenali adik Athif.
@foundermisi Jom bantu athif lagi, link di bio saya
Susulan itu, dia berharap agar urusan adik Athif untuk mendapatkan rawatan Gene Therapy Zolgensma dipermudahkan dan menyeru kepada orang ramai membantu insan tersebut meskipun dengan hanya doa.
“Gaji bulan ini untuk adik Athif..
“Walaupun tidak langsung mengenali adik athif,tetapi Allah jentikkan perasaan bila tengok video adik athif rasanya seperti anak saya sendiri yang sedang diuji.
“Maka seluruh gaji saya sebagai wakil rakyat pada bulan ini adalah untuk adik athif. Moga Allah permudahkan urusan adik athif
“Mohon untuk kita semua membantu adik athif juga walaupun hanya dengan doa,” ujarnya.
Sekadar info, adik Athif terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.
Sumber: Instagram @Akmal Saleh, TikTok @misirakyat
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source