Kuih Talam Gula Merah, Resipi Lembut Elok Boleh Goyang Gedik
SeEnaknya dapat menikmati kuih talam gula merah. Adakala yang kita beli di gerai, teksturnya agak keras dan kurang berlemak. Jadi, inginkan tekstur yang lembut, boleh goyang gedik, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi ini.
Jika betul-betul mengikut resipi perkongsian daripada Shakinah Zainal ini, boleh menghasilkan kuih talam gula merah yang lembut dan boleh goyang gedik. Pasti memuaskan hati. Jom cuba resipi ini.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN BAWAH)
1 cawan gula merah – Boleh beli online di sini
Secawan air
1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung ubi – Boleh beli online di sini
Sesudu besar air kapur (jangan pekat sangat)
1 sudu besar kicap pekat (Saya guna jenama Jalen untuk bagi warna cantik. Tiada kesan rasa)
2 cawan air
CARA MEMASAK:
Sapukan loyang dengan minyak masak dan lapikkan dengan plastik. Ketepikan.
Secawan gula merah masak bersama secawan air. Ketepikan. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula putih.
Air gula merah satukan dengan air biasa jadikan 3 cawan air. Jangan lebih.
Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir jika nak tambah. (Saya memang pakai gula merah je.)
Tapiskan. Masukkan dalam kuali. Kacau sehingga naik wap. Jangan sampai pekat.
Masukkan ke dalam loyang dan kukus 15 – 20 minit dengan api agak besar.
(LAPISAN ATAS)
2 ½ cawan santan pekat (Jangan pekat sangat. Tambah air kalau santan pekat sangat)
1 ½ cawan tepung – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam (atau secukupnya)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan.
Kemudian, masukkan dalam kuali dan kacau sehingga naik wap.
Tuang di atas lapisan gula merah tadi.
Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh potong dengan pisau plastik.
Kredit: Shakinah Zainal
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bihun Sup Utara, Istimewanya Ada Pada Sambal Merah Dan Bihun Kuning
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source