Jauh terbang ke Jepun, kolaborasi Ebit Lew bersama TikToker terkenal buat ramai terkejut!
Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menjadi bualan hangat ramai apabila dia tampil berkolaborasi dengan influencer popular dari Jepun, Bayashi.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh influencer yang berusia 39 tahun itu, keliahatan dia dan Bayashi sedang memasak nasi goreng bersama-sama telah mengejutkan ramai.
Difahamkan, Ebit Lew telah terbang jauh ke Tokyo, Jepun demi membuat konten masakan dengan hanya memakai jubah berwarwa putih.
Dalam video berdurasi pendek itu, mereka telah menjamah nasi goreng tersebut sebaik sahaja selesai dihidangkan di atas pinggan dan lebihan hidangan tersebut diberikan kepada seorang gelandangan.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah berjaya meraih lebih 94,000 tanda suka dan mendapat lebih 700 komen selepas dimuat naik di laman Instagramnya.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka kolaborasi antara Ebit Lew dan Bayashi yang tidak terfikir dek akal.
Malah, ramai yang memuji Ebit Lew kini sudah berani memulakan langkah baharu demi memperluaskan dakwahnya dan berharap dia sentiasa dibawah lindungan Allah selalu serta dipermudahkan segala urusan.
Sekadar info, Bayashi mempunyai lebih 48 juta pengikut di TikTok yang popular dengan konten pelbagai jenis masakan di aplikasi tersebut.
Sumber: Instagram @Ebit Lew
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source