Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Restoran, Gerenti Sedap
Sesekali teringin nak menikmati Mushroom Soup dan Garlic Bread macam di restoran. Buat sendiri, lagi puas hati. Rupa-rupanya tidaklah sukar untuk menyediakannya.
Resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini gerenti sedap. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh. Hirup sup cendawan panas-panas atau dicicah dengan roti bawang putih memang sedap. Jom kita buat.
MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN:
(KUAH)
Cendawan (dalam tin / yang luar tin pun boleh) – Boleh beli online di sini
3 sudu besar marjerin atau butter
2-3 ulas bawang merah (potong dadu)
1 sudu kecil lada hitam (kisar halus) – Boleh beli online di sini
1 tin susu segar / susu sejat (kalau pekat, boleh tambah 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum – Boleh beli online di sini
Stok ayam atau perisa Maggi cukup rasa
Garam
Gula
Oregano (jika ada, tak letak pun tak apa, dah sedap sangat) – Boleh beli online di sini
(ROTI)
Roti keping
Bawang putih (cincang halus)
Marjerin atau butter
Oregano (jika ada) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Bahagikan cendawan, untuk goreng garing ambil 3 biji, dan selebihnya untuk masuk ke dalam kuah.
Panaskan marjerin. Kemudian, goreng cendawan 3 biji tadi yang telah dipotong dadu sehingga garing.
Kemudian, angkat dan toskan. Ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang yang telah dipotong dadu hingga garing.
Kemudian, masukkan lada hitam.
Masukkan juga cendawan yang dihiris.
Masukkan tepung gandum dan gaulkan sebentar.
Setelah itu, masukkan susu dan air. Kacau hingga naik wap. **
Tutup api dan kisar adunan tersebut hingga hancur elok, seakan creamy. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk dan perasakan. Jika pekat boleh tambah air mengikut kesesuaian selera masing-masing.
Kemudian, taburkan cendawan goreng tadi.
Sekiranya mahukan prose yang cepat, buat langkah bertanda (**) di atas hingga sedikit menggelegak. Perasakan dan terus kisar. Terus siap untuk dihidang.
Untuk roti, cincang bawang putih dan gaul bersama marjerin atau butter. Jika ada oregano atau parsley boleh letak sekali.
Kemudian, oleskan pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven / air fryer.
Sedia dinikmati. Gerenti sedap.
Kredit: Nurul Husna Mohamed Daud
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source