Kenapa Matawang Singapura dan Brunei Sama Nilai?
Korang tahu kan matawang Singapura dan Brunei sama nilai? Sebab mereka buat Perjanjian Currency Interchangeability (CIA).
Tapi tak ramai tahu Malaysia pernah join CIA ni. Ya! RM1.00 dulu bernilai SGD1.00! Asas CIA senang jer. Setiap negara ada pihak berkuasa kewangan (monetary authority). Negara-negara yang masuk CIA ni mengiktiraf matawang satu sama lain. Jadi pihak berkuasa kewangan wajib terima dan tukar. Nilai kena sama.
Sebab tu duit Brunei ‘sepatutnya’ diterima jer kat Singapura. Begitu juga duit Singapura ‘patutnya’ diterima kat Brunei. Sebab kedua-duanya “duit yang sama”. Ada perniagaan yang tak tahu benda ni. Mereka reject. Tapi perniagaan yang tahu akan terima.
–
Ambang PBAKL2023 dah ni. Jumpa korang semua nanti sepanjang tempoh PBAKL2023.
Ya. Kami tawarkan diskaun menarik untuk korang! Tengok buku-buku ni:
Buku lain juga ada harga menarik. Jumpa korang kat sana!
–
Sistem ni dah ada sejak 1967 lagi. Tapi nak faham, kena langkau ke 1 Januari 1952. Waktu tu Malaya hantar menteri kewangan pergi jumpa Setiausaha Kewangan Singapura, Gabenor Sarawak, Gabenor Borneo Utara (British Sabah) dan Residen Brunei.
Persetujuan Bersama Pra-Kemerdekaan
Secara bersama, mereka mencapai persefahaman. Kena ketepikan semua matawang sedia ada. Guna matawang “The Malaya and British Borneo Dollar”. Ni jadi universal currency kat Malaya + Singapura + Borneos. Kemudian Malaya dan Borneo merdeka… bentuk negara bersama Singapura. 1965, Singapura diisytihar negara merdeka.
Jadi sekarang pengguna asal “The Malaya and British Borneo Dollar” dah jadi tiga negara – Malaysia, Singapura dan Brunei. Memandangkan mereka dah bertaut, jadi buat jer lah Interchangeability Agreement tu. Ketiga-tiga matawang bernilai sama. Bayangkan. RM1.00 tu sama nilai dengan SGD1.00.
Idea ni agak bagus. Ada integrasi ekonomi. Kemudahan nak berdagang. Jadi secara rasmi, ada kesatuan matawang kat sini… tak sama macam EU sekarang sebab mereka pakai Euro. Sini pula tiga matawang. Cuma kalau bayar nasi ayam kat Singapura guna Ringgit kira tiada masalah.
Dengan cara ni, korang fikir je lah betapa luasnya jaringan perniagaan. Pelancongan? Perbelanjaan? Shopping sakan? Memang dahsyat. Licin jer proses. Tak terdedah pada naik-turun kadar tukaran matawang. Jadi semua peniaga tak ubah tanggapan untung rugi. Tapi itulah, benda ni tak lama.
Malaysia Keluar CIA 1967
Kena ada kerjasama sangat mendalam antara tiga negara. Kerajaan pula wajib sekepala. Sistem kewangan semua kena stabil. Kalau salah satu engara kena krisis, ada risiko nak kena kesan domino. Sebab semua matawang interlinked dah kan… asalnya nampak mudah. Makin lama susah.
Malaysia keluar daripada CIA pada 1973. Ada dua hujah kat sini:
1. Keluar sebab nak ada ‘kemerdekaan ekonomi’
2. Keluar sebab faktor politik.
Kita fokus 1. dulu sebab nampak lagi akademik. Malaysia dan Singapura dah mula ikut haluan berbeza. Saya nampak Tun Abdul Razak pragmatik.
Tun Abdul Razak ni fokus pada “equal outcome”. Lee Kuan Yew pula fokus “equal opportunities”. Nama jer sama equal, tapi cara pelaksanaan jauh berbeza. Ideologi ekonomi juga tak sama.
Bawah CIA, keputusan Singapura dikhuatiri akan bagi kesan kat Malaysia. Ni yang buat masalah.
Jadi Malaysia bawa haluan sendiri pada 1973. Dan Currency Interchangeability Agreement diperbaharui dengan framework baru… melibatkan hanya Brunei dan Singapura.
Akhbar ni menyatakan Menteri Kewangan Malaysia (Tun Tan Siew Sin) buat U-Turn. Asalnya bagi jaminan:
“Malaysia takkan keluar CIA”. Tapi seminggu kemudian, dia dilaporkan umum Malaysia akan membelahkan “Bursa Saham Malaysia-Singapore”. Dan buat bursa saham sendiri.
Dan menariknya, zaman tu sangat ramai orang buang matawang Singapura dan tukar ke Ringgit. Sebab lepas 19 Mei, tak boleh guna dah kat Malaysia. Sejarah tertulis. Ringgit bawa haluan sendiri. Dan pada 1990, SGD1 = RM1.47.
2000? SGD1 = RM2.20.
Dan sekarang SGD1 = RM3.34+.
Sementara Brunei dan Singapura tak pernah ubah. Macam mana Brunei buat SGD1=BD1? Sedangkan mereka bergantung pada minyak. Dia senang jer. Walaupun GDP Brunei sering kembang kuncup, tu tak jadi penghalang nak pastikan matawang sama nilai. Brunei cuma perlu ada foreign exchange reserves yang cukup nak defend Brunei Dollar. Kira ni tambatan lah. Kita nampak macam Brunei rugi. Kena burn banyak cash.
Cara ni menurut IMF stabilkan sistem kewangan Brunei. Sebab SGD ni satu dunia tahu keutuhannya. Sebab apa SGD sangat utuh? Well, ekonomi mereka terurus dengan cekap. Ada hub perkapalan bagai. Politiknya pula sangat stabil. Dasar kewangan setiap tahun bagus. Pelabur sangat suka tuang duit kat Singapura. Sebab ease-of-doing-business mantap. Ada ketelusan. Kira kerajaan Singapura buat benda-benda betul pastikan SGD tu utuh.
Jadi sementara Singapura jaga matawang, Brunei kena jaga foreign exchange reserves jer. Apa benda ni? Ni kira segala aset dimiliki sebuah bank negara tapi dalam matawang asing. Selalunya benda ni bank negara guna nak mempengaruhi dasar kewangan. Malah Brunei tak sakit kepala apa. Singapura adalah rakan dagang yang utama.
Singapura pula dapat apa? Dapat pasaran lagi besar untuk aliran SGD. Populasi Brunei betul tak ramai mana. 460,000+ orang. Tapi tengok pada keadaan, mereka boleh tahan berduit. Jadi benda ni bagi win-win situation pada Singapura juga.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
In the long run, semua orang happy. Brunei lagi selesa buat CIA dengan Singapura. Malaysia lagi selesa bergerak sendiri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source