Sidang masih berbaki 7 hari, pembangkang persoal tiada usul kerajaan
Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan perkara itu apabila pembangkang tidak menerima senarai RUU akan dibentangkan kerajaan selepas sidang dijangka tamat awal hari ini.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan ketiadaan usul baharu yang akan dibawa kerajaan di Dewan Rakyat sedangkan sidang masih berbaki tujuh hari.
Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan perkara itu apabila pembangkang tidak menerima senarai RUU akan dibentangkan kerajaan selepas Parlimen hari ini dijangka tamat awal selepas RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 dibahas serta diputuskan.
“Isu di hadapan dewan pada hari ini, (menurut) aturan mesyuarat, ada dua RUU akan dibawa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, dua sahaja.
“Hari ini baru hari keempat, kita ada tujuh hari lagi (untuk bersidang). Saya nak tanya, adakah kerajaan tidak mempunyai RUU (lain) untuk dibentangkan (dalam tempoh) tujuh hari lagi?,” katanya.
Takiyuddin mempersoalkan sama ada kerajaan ingin membuat kejutan dengan tidak memaklumkan lebih awal tentang RUU yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Apakah kerajaan ingin membuat kejutan? Sebagaimana RUU Insolvensi, di mana bacaan kali pertama pada 22 Mei, pada 23 Mei dibahaskan dan diputuskan, tak ada masa untuk Ahli Parlimen membincangkan, memikirkan soal itu,” katanya.
Sementara itu, Shahidan Kassim (PN-Arau) mencadangkan usul persendirian dibenarkan jika tiada lagi usul daripada kerajaan.
Timbalan Speaker, Ramli Mohd Noor, kemudian memaklumkan soal usul akan ditentukan perdana menteri dan speaker akan memberikan penjelasan tentang perkara dibangkitkan pembangkang.
Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei, dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source