“Takut beranak tapi buat sedap”
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil berkongsi pengalamannya sepanjang melahirkan enam orang cahaya mata dalam satu sesi ‘podcast’ bersama aktor hebat, Datuk Rosyam Nor dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.
Rebecca atau mesra disapa Becca akui dirinya takut untuk beranak dan membuat keputusan untuk memilih kaedah pembedahan bagi kesemua anak-anak yang dikandungnya selama ini.
“Dia (pengalaman) ada cerita sebenarnya. Ceritanya saya takut beranak..buat sedap,”ujarnya sambil tersipu malu apabila diusik oleh Rosyam Nor.
Dedah Rebecca, rasa takut itu muncul sebaik sahaja dia melihat kaedah bersalin secara normal di laman YouTube.
“Saya takut beranak sebenarnya. Jadi, sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan, menangis pada mak saya.
“Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.
“Doktor, saya takut sangat nak beranak sebab saya tengok YouTube. Jadi, saya buat permintaan untuk melahirkan secara pembedahan,”cerita Rebecca.
Tambah aktres berusia 37 tahun, doktor sudah pun menasihatinya untuk bersalin secara normal, namun ketakutan yang dialaminya membuatkan dirinya tekad untuk memilih kaedah pembedahan. baik anak sulung mahupun berikutnya.
“Saya dah rasa macam (pengalaman lahirkan anak pertama) penjagaan kaedah pembedahan itu saya rasa saya boleh daripada normal.
“Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan sebab saya rasa tak nak rasa sakit kan…rupanya, rasa sakit selepas bersalin,”ujarnya lagi.
Disoal mengenai perancangan kehamilan anak ketujuh, Rebecca mengatakan anak keenam adalah yang terakhir kerana ia bakal mendatangkan risiko buat dirinya yang sudah enam kali bersalin secara pembedahan.
Sementara itu, Rebecca mengatakan dia tegas dalam pendirian dengan memilih kaedah berpantang selama 100 hari dan melarang suaminya untuk ‘bersentuhan’.
“Selisih malaikat 44 (suami isteri bersama selepas seminggu berpantang). Bentanlah bini tu, tak sihat. Saya berpantang 100 hari, ‘no touch me’ dan saya berpantang di bilik lain.
“Sebab tu body saya masih maintain. Saya kena puji diri saya sendiri. Saya maintain berat saya seperti zaman anak dara sebenarnya sebab saya amat menjaga diri sewaktu berpantang,”katanya.
Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 5, dan Nor Aurora Riana, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky (lahir pada 12 Mei 2023).
Sumber: YouTube Suhan Channel
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source