Ugut cedera ahli keluarga, lelaki miliki pistol ditahan
Polis menemukan pistol jenis Revolver bersama enam peluru selepas menerima laporan suspek mengamuk dan membuat ugutan.
TANAH MERAH: Seorang penebang pokok ditahan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru di Kampung Air Murbo, Jedok, semalam.
Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah, berkata tangkapan dibuat selepas anggotanya menerima laporan daripada orang awam berkaitan suspek berusia 40 tahun itu mengamuk dan mengugut untuk mencederakan ahli keluarganya pada 2.55 petang.
“Lelaki itu ditahan di rumahnya dan pemeriksaan lanjut ke atas beg silang yang dipegang suspek menemukan pistol terbabit bersama enam butir peluru dan lima biji dadah jenis pil yaba.
“Dia mendakwa pistol terbabit diperoleh daripada rakannya sejak dua minggu lepas untuk tujuan melindungi diri semasa bekerja sebagai penebang pokok di dalam hutan,” katanya pada sidang media di IPD Tanah Merah.
Haki berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
“Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source