Resipi Puding Biskut Marie Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap
Jom cuba buat Puding Biskut Marie perkongsian saudari Hamidah HA ni. Manisan mudah ini sesuai dinikmati pada bila-bila. Andai anda bakal menerima kunjungan tetamu yang tiba-tiba nak datang ke rumah, Puding Biskut Marie ni antara yang sesuai dihidangkan. Nak buat pun hanya guna bahan-bahan yang ringkas sahaja. Makan sejuk-sejuk, hmmm…memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar susu cair, susu pekat manis, teluru, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut dan mendidih.
4. Tambahkan mentega dan kacau hingga cair.
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebti. Guna api yang perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Teruskan mengacau.
6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko & milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
7. Teruskan memasak sehingga adunan berkilat dan ada meletup-letup kecil. Ini menandakan puding telah masak. Padamkan api.
8. Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas denga plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya mudah nak mengeluarkan puding dari loyang nanti.
9. Masukkan sedikit adunan puding ( lapisan koko). Ratakan ke keseluruhan loyang.
10. Susun biskut Marie satu persatu diatas lapisan koko. Patahkan sedikit jika ada ruang kosong.
11. Tuangkan adunan koko selapis lagi dan susun biskut Marie seperti langlah pertama tadi.Ulang proses hingga habis. Lapisan atas mestilah lapisan koko.
12. Sejukkan puding dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dinikmati.
INFO CHEF:
1. Resepi ni kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah lebih susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas puding jika suka.
Kredit resipi & foto: Hamidah HA
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source