Anggap bukan keperluan, ibu bapa pilih ‘buang’ binti/bin dalam sijil lahir anak
Penggunaan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam surat beranak serta kad pengenalan sememangnya sudah dilakukan sejak lama lagi.
Ia kebiasaannya diletakkan di dalam sijil kelahiran anak-anak yang dilahirkan sebagai Islam.
Namun begitu, kebiasaan tersebut nampaknya sudah mulai berubah apabila ada ibu bapa memilih untuk tidak meletakkan bin/binti di dalam nama anaknya sewaktu mendaftar sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan menjelaskan bahawa cara tersebut dikatakan lebih mudah berbanding mendaftarkan kelahiran anak pertamanya 5 tahun lalu.
Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter itu nyata mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Ada di antara mereka bersetuju dengan tindakan tersebut dan turut melakukan hal yang sama.
Tindakan tidak meletakkan bin atau binti di nama anak rupanya disebabkan beberapa alasan yang munasabah apabila memikirkan masa depan anak terbabit
Ada di antara mereka mengatakan jika bin atau binti tertera di sijil kelahiran, mereka bakal mengalami sedikit kesukaran dalam urusan di luar negara termasuklah panggilan nama.
Walau bagaimanapun, pilihan tersebut menuai kontra daripada sesetengah masyarakat yang merasakan ia bukanlah sesuatu hal yang besar kerana sejak dahulu lagi penggunaan bin dan binti sudah ada.
Apa-apa pun, terpulang kepada ibu bapa masing-masing yang inginkan ataupun tidak penggunaan bin atau binti di atas nama anak mereka di sijil kelahiran kelak.
Sumber: Twitter
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source