Aktiviti Membakar 500 Kalori, Jangan Marah Ibu Tidur Selepas Menyusukan Anak!
Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah ‘bonding’ terbaik antara ibu dan bayi. Ketika menyusu badanlah, rembesan hormon terjadi yang dapat mengeratkan hubungan istimewa antara ibu dan bayi.
Walaupun menyusu nampak mudah, tapi hakikatnya yang pernah melaluinya saja akan faham. Rasa sengal badan, sakit belakang, dan lenguh satu badan dibuatnya bila anak ‘pantang’ nampak kita berbaring.
Bila kita betul-betul terikat dengan menyusukan anak, barulah kita tahu sebenarnya ia memerlukan kudrat dan ketahanan mental yang tinggi.
Menurut Owh Dydiana, jangan kejut isteri jika ternampak mereka tertidur selepas menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak susu badan membakar 500 kalori. Banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak seperti:
1. Bengkak susu yang menyeksakan.
– Bila menyusu badan boleh dikatakan ‘wajib’ at least sekali kita kena bengkak susu. Biasanya ramai ibu kena masa awal kelahiran bayi dan masa nak putus susu. Selain itu, ibu-ibu yang biasa menyusu pasti tahu akan perangai anak yang suka memilih bahagian untuk menyusu dan sering menolak jika diberi bahagian satu lagi. Bengkak susu ni jangan dibuat main. Sakitnya bila ditekan tu, memang bisa. Jika dibiarkan boleh merbahaya dan menyebabkan mastitis yang perlu dibedah tau!
2. Terpaksa berkepit 24 jam.
– Kalau tengok gambar ibu menyusu dekat mana – mana majalah mesti Nampak murni jekan? Anak menyusu elok, sambal ibu tersenyum. Tapi realitinya, mak – mak boleh sengal satu badan akibat anak yang tidak mahu berenggang dengan ibu. Pantang nampak ibu berbaring, mesti nak ‘serang’ ibu. Ada anak yang mahukan perhatian dan sentiasa ingin dipegang. Padahal dia dah kenyang menyusu. Ini normal, namun ia juga antara ciri high need baby.
3. Kena dera.
– Jangan terkejut, ada bayi yang tabiatnya suka mencubit atau mencakar ibu masa menyusu. Anak juga anak yang suka ‘akrobat’ semasa menyusu. Pakar mengatakan ia adalah normal sebab bayi mahu menggunakan tangan dan derianya untuk teroka persekitaran sekeliling. Ada yang suka tarik rambut ibu juga.
4. Banyak ‘pantang’.
– Ibu yang menyusukan anak tidak boleh makan sesuka hati mereka. Mereka juga harus berpantang daripada memakan makanan yang tidak elok untuk bayi.
5. Tidur tak lena.
– Di awal kelahiran, bayi akan menyusu kerap iaitu 1 – 2 jam sekali. Jadi, ibu akan bangun beberapa kali pada setiap malam untuk meyusukan anak.
6. Bijak urus masa.
– Ibu menyusu kena disiplin dan bijak menguruskan masa sebab rutin mereka perlu tertakluk pada kekerapan anak menyusu. Ramai ibu tak sempat nak makan sebab kejap – kejap anak nak menyusu.
Sangat mencabar menjadi seorang ibu, sebab itulah para ibu harus dihormati dan dihargai atas segala pengobanannya. Semua cabaran ini tidak boleh difahami selagi belum bergelar seorang ibu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source