Peluk cium kali terakhir, wanita pasrah tugas sebagai isteri selesai lepas 7 tahun
Siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta musnah ditengah jalan selepas masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri rumah tangga.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatihah Nafisa apabila memuat naik momen bersalaman dan saling berpelukan dengan pasangan sebelum masing-masing bercerai.
@teahnapisa96 Alhamdulillah , selesai tugas saya sebagai isteri awak 🙂 Terima kasih utk 7 tahun kita sama2 susah dan senang..Semoga Allah kurniakan kebahagian buat kita berdua..#alhamdulillah❤️ #berpisahlebihindah
Menerusi perkongsian yang dibuat, dia mengatakan selesai sudah tugasnya sebagai seorang isteri kepada suami selepas 7 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Walaupun masing-masing dilihat berat untuk berpisah, namun mereka nekad melanjutkan keputusan selepas hubungan yang terbina sukar diselamatkan apabila tiada kata putus walaupun sudah berbincang sejak awal tahun kelmarin.
Menerusi penjelasan daripada Fatihah, dia menyatakan yang perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka berdua kerana sudah membuat perbincangan serta berjanji tidak akan ada dendam antara mereka.
Ujarnya, dia hanya inginkan yang terbaik buat bekas suami dan mendoakan agar dia berbahagia dengan pilihannya selepas ini.
Perkongsian yang mencecah 1 juta tontonan di TikTok dalam masa 9 jam sahaja telah menuai pelbagai komen daripada warganet.
Rata-rata mengatakan yang mereka berdua terlihat seperti masih ada sisa rasa sayang apabila sedih dengan perpisahan yang terjadi.
Namun, mereka juga akui bahawa perpisahan adalah jalan terbaik jika pasangan suami isteri sudah tidak ada keserasian dan mungkin boleh mengakibatkan lebih banyak sakit hati di kemudian hari.
Sumber: TikTok Fatihah Nafisa
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source