Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sebelum Aidiladha
Pembayaran melibatkan peruntukan lebih RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.
“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, sejumlah RM158 bilion atau 41% daripada keseluruhan Belanjawan 2023 dibelanjakan hingga Mei lalu dan menyifatkan ia sebagai kapasiti terbaik suku tahun pertama jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Beliau memperincikan RM158 bilion tersebut meliputi RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua STR yang memanfaatkan 8.7 juta penerima; Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara dan RM3 bilion bagi subsidi bil elektrik.
“RM11 bilion bagi subsidi produk petroleum dan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan,” katanya.
Anwar berkata, langkah lain yang dilakukan kerajaan adalah pengecualian duti setem 100% yang diberi bagi pembelian rumah berharga tidak lebih RM500,000 dan pengecualian duti setem 75% bagi pembelian rumah berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta.
Perdana menteri berkata, kerajaan juga bersetuju agar duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.
Pada masa sama, beliau berkata dalam usaha mengekang ketirisan daripada terus berlaku, antara tindakan diambil kerajaan termasuk memastikan perolehan kerajaan dibuat secara telus dan terbuka.
Katanya, kerajaan juga melaksanakan pemberian subsidi lebih bersasar yang berbeza dengan sebelum ini, apabila golongan kaya turut menikmati pelbagai subsidi termasuk subsidi bil elektrik.
“Kerajaan juga mula menamatkan unsur monopoli sepertimana dwirangkaian 5G dan juga import makanan yang akan menyebabkan harga lebih rendah daripada beberapa tahun dahulu,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Parlimen adalah antara langkah kerajaan untuk mengekang ketirisan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source