Singapura tambah polis robot | Free Malaysia Today (FMT)
Tindakan ini selepas ujian percubaan kecil-kecilan sepanjang lebih lima tahun.
SINGAPURA: Singapura akan mengerahkan lebih banyak robot peronda di sekitar negara bandar itu, kata polis hari ini, selepas lebih lima tahun menjalani ujian percubaan secara kecil-kecilan.
Robot dikerahkan ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi sejak April “bagi menambah anggota barisan hadapan dalam melaksanakan rondaan premis”, kata Pasukan Polis Singapura (SPF).
Lebih banyak robot dijangka dikerahkan di sekitar republik dengan 5.6 juta penduduk itu. Kadar penduduk serta kelahiran yang rendah menyebabkan negara itu terpaksa menggunakan teknologi bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.
“SPF merancang mengerahkan lebih banyak robot peronda bagi meningkatkan operasi polis di sekitar Singapura,” kata SPF dalam kenyataan, tanpa memberi garis masa.
Robot berkenaan dilengkapi kamera, alat pengesan, pembesar suara, panel paparan, lampu suar dan siren.
Robot berkenaan mampu menggunakan lampu suar, siren dan pembesar suara untuk menguatkuasakan penutupan kawasan tertentu, atau memberi amaran kepada orang awam ketika sesuatu kejadian sebelum ketibaan anggota polis, menurut kenyataan itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source