Dosa Penjajah Perancis Yang Tak Tahu Malu Merompak Haiti’
Kita sedia maklum penjajahan British tinggalkan kesan yang sangat teruk.
Seteruk-teruk tu, sebenarnya teruk lagi apa Perancis buat kat Haiti. Kes Haiti ni dahsyat sebab Perancis menjarah bumi tu… sampai sekarang terkesan.
Apa yang jadi sebenarnya? Okay. Korang kena tahu yang Haiti terletak tak jauh dari Amerika Syarikat di Laut Carribean. Tempat ni pernah jadi koloni penjajah Eropah paling kaya di dunia. Sebab tu Perancis sangat marah selepas kalah pada tangan pejuang pembebas Haiti. Rekod menunjukkan Perancis hantar 800,000 hamba daripada bumi Afrika ke Haiti.
Kat sini, semua dikerjakan tanpa perikemanusiaan… dan mana-mana yang mati tu ditanam jer, sebelum kerja mereka diganti hamba lain. Apa benda mereka tanam? Kopi dan gula Eropah. Bermula tahun 1791, hamba-hamba kat Haiti mula memberontak. Kemuncaknya, mereka menang pada 1804.
Menang.
–
Kami nak bagitau yang kami sedang JUALAN PASCA-PBAKL.
Buat korang yang tak sempat turun PBAKL2023 hari tu, bolehlah korang berebut dapatan buku korang suka dengan DISKAUN kat Shopee ni ha.
Link: bit.ly/bukupatriots
–
Mereka bebas. Perancis dihalau keluar Haiti… tapi there was a cost. Seramai 200,000 orang Haiti pergi buat selamanya. Kemerdekaan ni tak disambut baik. Haiti sangat takut Perancis akan kembali merampas. Jadi mereka berusaha menjalinkan hubungan dengan kuasa besar.
Amerika tutup pintu kerana Presiden Thomas Jefferson takut hamba Amerika mengamuk. Jadi kerajaan Haiti cuba dapatkan British… sebab ni kan musuh ketat Perancis. Malangnya, British juga elak bersama Haiti. Maka sekarang Haiti terdedah macam gitu jer. Kewangan pun dah teruk sebab banyak dibelanja nak berperang.
Lalu mereka cubalah nasib berdamai terus dengan Perancis. Mereka offer sesuatu yang sangat menarik: zero import duties selama lima tahun. Perancis ludahkan jer. Setahun kemudian iaitu 1824, Perancis panggil Haiti balik untuk berunding.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Terduduk dua wakil Haiti bila dapat tahun Perancis tuntut pampasan. Kata mereka, Haiti dah merugikan mereka sebanyak 150 juta francs sebab memberontak dapatkan kemerdekaan. Satu lagi, mereka nak kawal dengan siapa Haiti berkawan kat pentas antarabangsa.
Offer ni Perancis sendiri tahu takkan diterima. Jadi pada 3 Julai 1825, Perancis hantar armada perang.
“Pay us 150 million francs.”
Tapi deal ada klausa baru: bagi diskaun import duty kat produk Perancis. Takut diperhamba balik, kerajaan Haiti terima! Lalu mereka ibaratkan dijajah dari segi kewangan pula… kerana 1) taknak kembali jadi hamba dan 2) tiada siapa sudi berkawan dengan mereka. Benda ni takkan jadi kalau Amerika Syarikat mengiktiraf kemerdekaan mereka.
Tapi itulah, Amerika taknak. So close yet so far away. Dah setuju nak bayar, Raja Perancis isytihar Haiti negara merdeka. Korang kena tahu betapa ramai kat Perancis bersorak mengagungkan Raja Charles X sebagai “pembebas sejati”. Tapi lain kalau kita belek kewangan.
Perancis tunjuk sifat tamak mereka. Semua kat Paris tahu Haiti tak mampu bayar. Lalu mereka setuju nak bagi loan. Bayangkan. Perancis bagi loan kat Haiti untuk bayar pampasan pada Perancis. Double debt. Dengan cara ni, Perancis boleh jajah Haiti secara kewangan buat selamanya.
Pampasan kekal 150 juta francs meskipun dah bayar 150 juta francs… sebab payment selama ni dikira interest semata-mata. Tang sini baru Amerika masuk bagi hutang. Lambat bayar, Perancis mula bengang. Pada 12 Februari 1838, Perancis dengan penuh rasa muhibah setuju kurangkan hutang ke 90 juta francs (AS$33.8 bilion nilai sekarang)
Namun kaedah pembayaran masih dikira melalui hutang. Dalam tempoh 70 tahun, Haiti dah bayar 112 juta francs. Segala pembayaran ni merencatkan ekonomi Haiti. Menurut siasatan NY Times, pampasan zalim ni boleh jadi modal yang mampu jana AS$115 bilion. That was the economic cost! Dana ini dibelanja Perancis untuk membangunkan Paris.
Pihak yang memungut duit ni adalah pihak yang membina Eiffel Tower. Jadi tak melampau kalau kita cakap, menara besi buruk tu dibina guna darah Haiti. Dan hari ini, Haiti adalah negara yang merdeka… tapi populasi 11 juta sengsara dengan ekonomi tak seberapa… atas sebab kerugian berpanjangan yang entah bila boleh mereka bangun balik.
Perancis dah minta maaf pada Haiti atas rompakan berundang-undang ni. Tapi nak harap Perancis bayar balik? Mimpi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source