Hagemaru: Satu Kritikan Kepada Kos Sara Hidup Di Jepun
Bila tengok cerita Hagemaru ni, geleng kepala kita dengan sifat kedekut dia. Ye lah, nak dapatkan garam pun Hagemaru sanggup kutip semua plastik jajan. Dari situ serdak-serdak jajan tu dia kumpul untuk dijadikan garam.
Bukan tu je, bapak si Hagemaru ni pulak sanggup minta lebihan makanan dekat kedai, tangkap rama-rama dan kutip buku lama untuk dijual kepada rakan pejabat. Memang tak keluar modal langsung.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Kita yang tengok cerita tu gelak je lah dengan telatah Hagemaru dan keluarga dia. Tapi sebenarnya cerita tu merupakan satu kritikan kepada kos sara hidup di Jepun. Kebetulan pula, Hagemaru disiarkan pada era Jepun dilanda The Lost Decade.
Apa kaitan antara Hagemaru, kos sara hidup tinggi dan the lost decade?
Memasuki tahun 1991, Jepun telah dilanda krisis ekonomi yang agak teruk. Sebab ekonomi Jepun tidak berkembang langsung sehingga tahun 2001. Semuanya berpunca daripada kejatuhan harga rumah hingga menyebabkan banyak bank mengalami kerugian.
Kesannya beberapa bank seperti Yamaichi Securities, Long-Term Credit Bank of Japan dan Hokkaido Takushoku Bank muflis. Kerajaan Jepun pulak tak nak bail-out, biar je bank tu lingkup. Bank lain dah nampak benda tu, terus tak nak bagi orang Jepun pinjam duit. Pishanglah orang yang cuba nak buat loan ketam.
Ditambah lagi syarikat Jepun hadapi tiga masalah iaitu lebihan pekerja, beli banyak benda tak guna dan hutang yang tinggi. Benda ni sebenarnya tak ada apa pun dulu. Sebab ekonomi Jepun tengah meroket. Lepas tu sampai ke era the lost decade memang pening kepala lah majikan.
Apa yang deme buat adalah kecilkan syarikat dan jual semua benda tak berguna. Impaknya yang merasa rakyat marhaen jugak. Sebab deme dah kehilangan kerja. Kalau nak kerja pun, boleh jadi part time je.
Syarikat Jepun lagi suka ambil part time. Ye lah boleh bayar gaji ikut task dan jam. Lepas tu tak payah pening kepala bayar KWSP.
Bila dah kena sampai macam ni, apa yang rakyat Jepun boleh buat adalah berjimat macam Hagemaru. Kos sara hidup dah tinggi. Kalau terus hidup macam biasa, memang makan pasir lah setiap hari.
Biarpun ekonomi Jepun terus memulih selepas era the lost decade, masalah kos sara hidup tinggi tak pernah selesai dan terus membelenggu. Benda tu buat sampai ada rakyat Jepun yang bunuh diri sebab terlalu stress dan kuat bekerja. Semuanya sebab nak dapat duit untuk makan dan bayar sewa.
Akhirnya negara juga yang terima kesan paling buruk. Sebab kadar kelahiran di Jepun dah makin menurun. Populasi warga emas pulak semakin meningkat. Anak muda tak mampu nak bercinta dan berkahwin macam korang yang tengah baca ni. Sebab faktor kewangan.
Jadi Hagemaru ni merupakan satu teguran sinis kepada kos sara hidup dekat Jepun. Sebab bila dah tersepit, kita akan buat benda pelik-pelik macam Hagemaru.
Oleh Azmil Azali
—
Kalau nak tahu lebih banyak tentang Hagemaru dan Jepun, baca je KITAB TAMADUN JEPUN. Cepat beli dekat https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source