Kenapa makan nenas buat gatal lidah?
Semalam lepas saya tulis artikel tentang kenapa makan keladi buat gatal tekak, ada yang cakap benda ni sama macam nenas buat gatal lidah. Benar, nenas pun ada kalsium oksalat yang rupa macam jarum halus tu, jadi bila kita makan, dia cucuk lidah dan tekak kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Tapi, kristal kalsium oksalat ni tak ketara sangat dalam nenas tak macam keladi. Nenas ni dia ada benda lain yang buat dia jadi gatal lidah tu. Dia ada enzim. Enzim ni macam pemangkin. Bila dia ada, dia mempercepatkan proses. Contoh macam kalau kita nak cairkan bijih besi, kita kena letakkan batu kapur atau cengkerang haiwan untuk cepatkan proses besi tu cair. Enzim pun sama jugak.
Nenas ni buah masam, jadi dia kaya dengan asid. Asid ni bila dia pekat memang akan makan dan hakis hampir semua benda, termasuk daging dan lidah dalam mulut kita. Tapi benda ni sahaja tak cukup untuk hakis mulut kita. Cumanya, nenas ni ada enzim bromelin, sejenis enzim yang bantu larutkan daging. Jadi, gabungan enzim ni dan asid buat mulut kita terhakis. Tu yang rasa gatal tu. Sebab tu kadang kadang nak buat daging lembu jadi lagi lembut, orang akan perap daging dalam jus nenas. Memang akan jadi lembut
Gabungan enzim sebegini dan asid pun ada dalam badan kita sebenarnya yakni perut. Kita ada enzim protease dan asid untuk tolong uraikan daging yang kita makan jadi zat yang lagi ringkas. Tapi, nak hentikan proses enzim ni senang je. Kita panaskan dia tak pun kita neutralkan asid dia. Sebab tu kalau perasan, kalau kita makan nenas segar memang akan gatal lidah tapi kalau kita makan nenas yang dah kena masak macam pajeri nenas ataupun nenas dalam tin, takde pun rasa gatal lidah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source