“Kalau kita hidup bahagia, dibelai suami kenapa nak minta cerai?” -Shuhada
Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya belum menunjukkan tanda-tanda akan tamat.
Memetik laporan dari Mstar, pihak mahkamah telah menangguhkan kes pengesahan lafaz cerai Hafidz pada 27 Julai depan ketika masing-masing hadir untuk prosiding lafaz cerai pada pagi tadi.
Susulan daripada itu, Shuhada telah menjawab beberapa kenyataan dari Hafidz yang mendakwanya kerap meminta cerai sepanjang perkahwinan mereka.
Menurut Shuhada, jika rumah tangga yang dibina bersama selebriti itu bahagia, sudah tentu tidak akan keluar dari mulutnya untuk berpisah.
“Kalau kita hidup bahagia, dibelai dan disayang suami kenapa nak minta cerai. Puncanya daripada mana?
“Jadi punca itu sendiri daripada dia dan dia pun dah mengaku yang dia akan buat pendedahan hubungannya bersama Atirah. “Semua orang pun sudah tahu punca berlakunya penceraian saya dengan Hafidz. Dia yang memilih ke arah ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menzahirkan rasa syukur kerana proses pengesahan lafaz cerai pada hari ini berjalan dengan lancar dan menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah untuk hal tersebut.
“Hari ini, kedua-dua belah pihak sudah memberikan keterangan kepada mahkamah. Jadi, saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan kerana ini adalah berkaitan hukum Allah.
Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua. Jadi, kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa. Sebabnya, saya takut akan pembalasan, kalau kita mainkan hukum Allah.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, Allah lembutkan lidah dan lisan. Saya boleh membaca soalan dengan baik. Saya tadi buat kenyataan secara lisan bukan macam Hafidz secara bertulis,”ujarnya.
Dia juga berharap pada 27 Julai nanti, segala kemelut yang terjadi dapat diselesaikan kerana mahu menguruskan persekolahan anak-anaknya berikutan sebelum ini tidak dapat berbuat demikian memandangkan ada dokumen tidak lengkap.
Wanita itu juga reda dengan apa yang berlaku serta menerima semua kemungkinan dengan hati terbuka dan dapat menyelesaikan semua perkara secara baik.
ISaya harapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya nak uruskan persekolahan anak-anak. Saya tak dapat buat pendaftaran anak-anak sekolah sebab ada perkara yang tidak lengkap.
“Saya pun dah terima dengan hati yang terbuka dan berharap ia berakhir dengan baik tapi mungkin tidak boleh berkawan baik,” jelasnya.
Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa yang Hafidz telah melafazkan cerai kepadanya sebanyak dua kali. Lafaz pertama dibuat menerusi hantaran mesej pada Januari dan panggilan telefon pada 22 Februari lalu.
Sumber: Mstar
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source