Malaysia Negara Islam Atau Sekular?
Persoalan apakah tanah air kita negara Islam atau sekular sering mengundang perdebatan sengit. Di sini, saya sependapat dengan Sohibus Samahah Ust Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak.
Malaysia ialah negara Islam.
Kenapa?
Pertamanya, kita harus memilih untuk mengadili dari neraca apa. Apakah cukup dengan dakwaan sesetengah Perdana Menteri (PM) yang kata Malaysia negara sekular? Atau mengambil sikap mengutamakan pandangan kitab turath?
Ulama’ silam telah meletakkan definisi negara Islam:
Al-Sarakhsi: “Negara Islam ialah nama bagi suatu kawasan yang berada di bawah kekuasaan orang-orang Islam di mana mereka beroleh keamanan berada di dalamnya.” (Al-Mabsuth)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Al-Shaibani: “Negara Islam adalah setiap tanah yang terlihat padanya hukum hakam Islam atau penduduknya adalah orang Islam, walaupun ia bercampurnya dengan selainnya.” (Al-Sair Al-Kabir)
Ibnu Qayyim: “Golongan teramai para fuqaha berpendapat; negara Islam ialah negara yang diduduki oleh orang-orang Islam dan berjalan padanya hukum-hakam Islam dan selagi mana tidak berjalan padanya hukum-hakam Islam maka ia bukanlah negara Islam.” (Ahkam Ahli Al-Zimmah)
Imam Nawawi: “Terdapat tiga bentuk gambaran negara Islam iaitu: negara yang diduduki umat Islam, negara yang dibuka oleh umat Islam serta kekal dikuasai oleh mereka, negara yang pada asalnya dikuasai oleh umat Islam kemudian dirampas oleh orang kafir” (Raudhah Al-Thalibin)
Realitinya, ciri-ciri Malaysia sesuai dengan takrif yang disebutkan.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan: “Islam adalah agama bagi Persekutuan”.
Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia sudah menjamin hak istimewa agama Islam yang dipelihara oleh Ketua Agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Sementar itu, ucapan PM yang mendakwa Malaysia negara sekular tidak mempengaruhi apa-apa. Kerana hakikatnya, Yang di-Pertuan Agong adalah penguasa sebenar Malaysia, bukannya PM yang sering bertukar ganti.
Perlembagaan telah mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Raja-raja Melayu di 9 buah negeri berkuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.
Tambahan lagi, undang-undang Islam ditegakkan melalui mahkamah syariah yang diiktiraf secara rasmi dalam sistem kehakiman negara.
Dengan wujudnya mahkamah syariah di setiap negeri, telah menepis dakwaan Malaysia adalah negara sekular mutlak. Kerana pemerintahan sekular tidak akan mengiktiraf masuk campur agama dalam kehidupan. Lain bezanya dengan Malaysia, urusan orang Islam akan ditangani oleh mahkamah syariah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berpusat di Putrajaya telah mengukuhkan lagi Islam selaku agama persekutuan. Selain itu, Majlis Agama Islam yang wujud di setiap negeri tidak boleh diketepikan.
Apa pula kata negara luar?
Kalau kita lihat, negara luar tiada masalah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.
Malaysia menduduki ranking pertama dalam penilaian global Islamic Finance Development Indicator (IFDI).
Malaysia adalah ahli Organization of Islamic Countries (OIC).
Banyak lagi hujah yang boleh dikemukakan. Apa yang perlu kita ingat adalah, dakwaan Malaysia negara sekular akan merugikan umat Islam sendiri. Di saat muslim luar mencemburui kemajuan negara kita, kita sendiri masih malu untuk mengetengahkan naratif Malaysia negara Islam yang membanggakan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source