Pemilik hotel cadang pelancong asing bayar dalam dolar AS
Kumpulan pemilik hotel berkata hotel di Thailand, Myanmar dan Indonesia sudah melaksanakan pendekatan itu.
PETALING JAYA: Kumpulan pemilik hotel menggesa pemain industri menyokong cadangan kepada kerajaan bagi membenarkan mereka mengenakan bayaran kepada pelancong asing dalam bentuk mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
“Jika anda (pemain industri) bersedia, maka kami, sebagai persatuan persatuan hotel, boleh mencadangkan kepada kementerian untuk mengenakan kadar caj dalam dolar AS untuk bilik-bilik,” kata Presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (Maho), Teo Chiang Hong.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Malaysia tidak mengenakan bayaran kepada pelancong asing dalam dolar AS sedangkan jiran serantau seperti Thailand, Myanmar, dan Indonesia telah lama berbuat demikian.
“Seratus dolar tidak bermakna apa-apa (kepada pelancong asing) tetapi ia banyak bagi kami. Kini ia adalah RM460,” katanya.
“Anda boleh bayangkan … anda pergi ke mana-mana negara lain dan hotel bertaraf lima bintang bayaran tidak kurang dari USD200. Tetapi (di Malaysia), ia kurang dari USD100,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam satu persidangan hotel.
Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Christina Toh, berkata dengan kadar pertukaran semasa, mengenakan bayaran kepada pelancong asing dalam mata wang dolar AS akan meningkatkan keuntungan.
“Di Indonesia, mereka mengenakan bayaran kepada penduduk tempatan dalam mata wang tempatan. Tetapi jika anda seorang warga asing, anda akan dikenakan bayaran dalam dolar AS – yang lebih tinggi sekitar 20% daripada kadar tempatan. Mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?”
Pengarah Eksekutif Maho, Shaharuddin Saaid, memberitahu FMT bahawa walaupun tidak melanggar undang-undang bagi pemilik hotel untuk mula mengenakan bayaran kepada pelancong dalam dolar AS tetapi mereka ingin mencapai persetujuan dengan kerajaan mengenai pelaksanaannya.
“Sebenarnya, kami dibenarkan melaksanakannya, tetapi kami tidak mahu melakukannya tanpa mendapatkan persetujuan kerajaan. Sekurang-kurangnya jika mereka memberikan sokongan, maka kami tidak akan menghadapi masalah dan ia akan lebih mudah.
“Mereka (pemilik hotel) mungkin bimbang tentang bagaimana kami akan melakukannya, mekanisme dan sebagainya. Jadi kami perlu menjelaskan butiran-butiran kepada mereka terlebih dahulu,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source