Perang Hunain, Perang Yang Jarang Diketahui Muslimin
Berlaku selepas Pembukaan Kota Makkah (Fathu’ Makkah) kerana tak senang hati penduduk musyrikin di persekitaran Makkah terutama puak Hawazin dan Thaqif yang tak dapat menerima hakikat dengan pembukaan Kota Makkah oleh muslimin. Kedua-dua puak ni rancang untuk serang umat Islam di Makkah.
Mereka berkumpul di satu kawasan bernama Autas berdekatan Lembah Hunain. Mereka bawa semua kelengkapan perang, harta dan keluarga untuk menyertai perang ini yang diketuai oleh Malik bin Auf.
Rasulullah (saw) buat keputusan menyerang puak-puak ni kerana takut lebih ramai yang akan sertai mereka pada 6 Syawal 8H bersamaan 630 Masihi.
Jumlah tentera Islam sebanyak 12,000 iaitu 10,000 tentera Islam yang telah membuka kota Makkah dan 2,000 yang baru saja memeluk Islam.
Ada yang mengatakan “Hari ini Islam takkan dikalahkan” kerana menganggap bilangan ramai menjamin kemenangan.
11 Syawal, Khalid Al-Walid mengetuai batalion perang memasuki Lembah Hunain bersama tentera Islam. Sesampai mereka ke Lembah Hunain, mereka diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah oleh anak panah tentera Musyrikin.
Tentera Islam mara ke depan menyerang orang Musyrikin. Rasulullah ambil sengenggam pasir dan meniup ke arah kafir Musyrikin dengan doa diberi bantuan oleh Allah untuk mengalahkan mereka.
Pasir tu terbang ke wajah kafir dan peperangan memihak kepada muslimin menyebabkan mereka berundur. Ramai di antara golongan Musyrikin yang tewas dan melihatkan kemenangan kepada umat Islam. Kisah peperangan ni tertulis dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat 25-26.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source