Musailamah al-Khadzab, Nabi Palsu di Zaman Rasulullah (saw)
Musailamah bin Habib dari Yamamah. Seorang yang berpengaruh daripada kalangan Bani Hanifah dan mempunyai ramai pengikut sejak awal lagi.
Terkenal sebagai seorang yang bijak, lemah-lembut dan pandai berbicara. Dia sebenarnya seorang pendusta besar.
Permulaan Musailamah mengisytiharkan diri sebagai nabi ketika Rasulullah (saw) berada di Madinah, Musailamah hantar orang Bani Hanifah untuk dengar bacaan al-Quran dari Rasulullah. Musailamah ubah surah tu ikut lenggok yang sama, tapi bunyi dan maknanya amat pelik.
Musailamah diperdengarkan surah Al-‘Ashr (Masa) oleh Amru bin al-As (as). Lalu dia dakwa dia pun ada surah sendiri iaitu surah Al-Wabar (Bulu).
Begitu juga dalam al-Quran mempunyai surah An-Nahl (lebah) yang menceritakan kebaikan dan kandungan madu. Lalu, Musailamah cipta surah Ad-Difda (Katak) yang hanya menceritakan habitat katak dalam air.
Musailamah hantar utusan kepada Rasulullah untuk mengiktiraf dirinya sebagai utusan Allah. Rasulullah balas surat kepada Musailamah menyebabkan kebenciannya semakin membuak-buak dan nekad untuk memerangi kaum Muslimin.
Apabila kumpulan Musailamah semakin besar, Rasulullah utuskan sahabat Baginda, Habib untuk memberi peringatan kepadanya. Namun, dia makin marah dan seksa utusan nabi itu agar Habib mengaku kenabian Musailamah. Namun, Habib meninggal dunia mempertahankan imannya daripada mengakui nabi palsu.
Musailamah mulakan perang pada zaman Khalifah Abu Bakar, lalu Khalifah menghantar tentera yang diketuai Ikrimah bin Abi Jahl dan Syurahbil bin Hasanah untuk membasmi mereka.
Musailamah memiliki tentera yang ramai. Lalu, bantuan tiba yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid. Musailamah mempunyai 100,000 tentera manakala kaum Muslimin mempunyai 12,000 tentera.
Mereka berperang kerana maruah kabilah, bukannya demi Musailamah. Tentera Musailamah bertahan di satu kebun yang mempunyai tiang yang tinggi. Tentera Muslimin berjaya membuka kebun tersebut dan menyerang tentera Musailamah. Kebun yang asalnya menjadi benteng menjadi kubur mereka. Musailamah terkorban ditombak oleh Wahsyi di dalam Peperangan Yamamah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source