Apa itu Ark of Covenant dalam Indiana Jones Raiders of the Lost Ark?
Pernah tak korang tengok Indiana Jones? Ada satu artifak yang dia jumpa dirembat Jerman. Bila bukak² je semua terbakar dan mencair. Itulah dia Peti Tabut atau Ark of The Covenant.
Peti Tabut, artifak suci zaman kerasulan Musa (as). Semasa menyendiri di Gunung Sinai selama 40 hari, Baginda Musa (as) menerima wahyu penting daripada Yahweh. Baginda diperintah untuk buat Peti Tabut, siap ditunjuk cara dan hiasan pada permukaan lagi. Peti ini juga wajib dibuat dengan kayu shittim (akasia).
Dalam peti ini, tersimpannya legasi utama tiga agama tauhid sekarang. Islam, Kristian dan Judaisme beriman bawa baginda Musa (as) dianugerahkan Sepuluh Hukum (The Ten Commandments).
Macam mana Peti Tabut ni hilang?
Kepatuhan Bani Israil pada hukum-hakam agama Judaisme telah menganugerahkan mereka sebuah kerajaan yang berdaulat.
Tidak cukup dengan kerajaan, beberapa rasul siap menjadi raja yang hebat seperti Daud (as) dan anakandanya Sulaiman (as). Zaman mereka menandakan kegemilangan tidak terhingga.
Dan Peti Tabut dengan selamat disimpan dalam bandar suci Jerusalem. Walau bagaimanapun, kisah tentang peti ini berakhir semasa kerasulan baginda Sulaiman (as).
Apabila Bani Israil hilang keberkatan, Yahweh hantar Empayar Babylonia untuk memusnahkan Jerusalem. Peti Tabut hilang, barangkali tertimbus di sebalik kemusnahan.
Namun dikatakan Peti Tabut dibawa keluar daripada Jerusalem sebelum kejatuhannya pada tangan Nebuchadnezzar. Kerana ada satu ayat dalam Kitab Israiliyat yang memberikan mereka keyakinan luar biasa.
Peti Tabut diselamatkan seorang nabi bernama Jeremiah, yang membawanya ke sebuah gua di Gunung Nebo. Dan “di tempat inilah ia akan tersimpan di luar pengetahuan sesiapa sampai Aku mengumpulkan kaum Aku (semula).”
Namun, sehingga kini Peti Tabut masih tidak ditemui.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source