Gambar sebelum nikah, netizen kantoikan Shuib & Watie pernah bersentuhan?
Tindakan sebuah jenama kedai barangan kemas memuat naik gambar ‘photoshoot’ pelawak, Shuib dan isterinya Watie Hanifiah dalam dua persalinan pengantin mengundang pelbagai reaksi netizen di laman Instagram sejak semalam.
Gambar itu memaparkan Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memakai koleksi emas sambil ‘berposing’ bersama suaminya susulan mendapat tajaan daripada jenama tersebut bagi majlis perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu meluahkan rasa kurang senang dengan mendakwa gambar mesra berkenaan dirakam sebelum pasangan itu bergelar suami isteri.
Berdasarkan tinjauan, difahamkan gambar Shuib dan Watie mengenakan salah satu persalinan songket berwarna ‘soft turquoise’ itu pernah dimuat naik oleh seorang penata gaya, Feiruz Sohor di Instagram pada 12 Jun lalu.
Berikutan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pasangan terbabit dalam soal menjaga batas kerana bukan sahaja bergambar rapat sebaliknya turut bersentuhan tangan meskipun belum sah diijabkabulkan.
Jumaat lalu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menamatkan zaman dudanya selepas hampir dua tahun menjalani kehidupan solo.
Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Hasil perkahwinan bersama Allahyarham, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Instagram Siti Jewels (1) (2) & Feiruz Sohor
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source