Minta kenang budi warga asing, wanita berang netizen ucap tahniah pada Imigresen ‘kutip’ orang
Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan seorang wanita warga Indonesia meluahkan rasa kecewa dan berang apabila netizen tempatan mengucapkan tahniah kepada pihak Imigresen atas tindakan menangkap warganegara asing.
Difahamkan, wanita berkenaan berang apabila ramai warganet bersungguh-sungguh mengucapkan tahniah kepada pihak Imigresen kerana terus menjalankan operasi bagi membendung mereka yang menyalahi undang-undang di Malaysia.
Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan yang menyatakan dirinya sudah 22 tahun menetap di Malaysia dan tindakan warganet mengucap tahniah kepada Imigresen kerana ‘kutip orang’ adalah keterlaluan.
Dia berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan mereka tidak menghargai jasa warganegara asing yang menetap di Malaysia kerana telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
“Tahniah kepada Imigresen lah, itulah, inilah. Jangan-jangan kau netizen pula bercinta dengan Bangla. Eh, kalau orang warga asing tak ada di sini, nak jadi apa? Semua longkang-longkang terbengkalai, semua kelapa sawit terbengkalai.
“Kau nak ke buat kerja bangunan, korek longkang, kerja panas. Sekarang ni, kelapa sawit yang terbengkalai di Pahang tu kau nak buat ke?
“Nak ke kerja panas? Mengada-ngada tahniah lah, apalah,”ujarnya.
@reeny884 #stitch with @💔cinta yang gagar 💔 #gombak #selangor #🇲🇾 #🇮🇩 #reeny #chef #chef reeny
Katanya, tidak semua orang warganegara asing menyalahi undang-undang, namun ada bernasib malang kerana menjadi mangsa tipu para ejen tidak bertanggungjawab sehingga terpaksa menanggung kerugian.
Tegasnya, orang ramai seharusnya mengenang budi mereka dan bukannya menghukumi keburukan seseorang selain menyerahkan semuanya kepada pihak Imigresen menjalankan tugas mereka.
“Warga asing yang tak ada pasport, tinggal melebihi masa memang patut kena tangkap. Cuma cara tu, dah nampak orang salah.. sudahlah. Tak perlu nampak diri tu gembira sangat. Kenanglah budi orang tu.
“Memang polis, Imigresen ada hak nak tangkap warga asing yang over stay. Kita tahu, itu kerja dia. Tapi kau bukan warga asing, kau diam! Sekurang-kurangnya dia warga asing ada berbudi di negara ini,”katanya.
Rata-rata warganet meluahkan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh wanita berkenaan.
@reeny884 Replying to @suririna910 #chef reeny#🇮🇩 #🇲🇾 #selangor #🇲🇾 #gombak #fyp #reeny #chef reeny
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source