Muhyiddin perlu pandang secara menyeluruh, kata Saifuddin
Presiden Bersatu itu sepatutnya mengambil kira keadaan keseluruhan ekonomi, yang ‘pada asasnya kukuh’, kata Saifuddin Nasution Ismail.
PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ditegur atas kritikan terpilihnya terhadap kerajaan semasa, dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih menyeluruh.
Saifuddin, seorang menteri dalam kerajaan Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin tidak patut hanya fokus kepada kemerosotan ringgit, kadar faedah yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup ketika melabel kerajaan Anwar sebagai “tidak boleh diharap”.
Muhyiddin sepatutnya mengambil kira keadaan keseluruhan ekonomi, yang “pada asasnya kukuh”, kata Saifuddin.
“Muhyiddin harus mempunyai pandangan menyeluruh tentang pengurusan ekonomi. Pengurusan ekonomi harus dinilai dari segi kadar inflasi, pengangguran, imbangan perdagangan, dan kestabilan politik,” katanya kepada FMT.
Saifuddin berkata, kerajaan Anwar melaksanakan kawalan ekonomi yang berkesan, dengan dasar menjurus ke arah kebajikan, walaupun mewarisi hutang yang ditanggung sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri (dari 2020 hingga 2022).
“Muhyiddin sepatutnya membiarkan Anwar dan kerajaan perpaduan menjalankan tugas,” kata Saifuddin.
Semalam, Muhyiddin mengkritik Anwar dengan berkata, perdana menteri itu tidak menguruskan ekonomi dengan baik, walaupun meminta 100 hari untuk berbuat demikian. Anwar kini telah berkuasa selama tujuh bulan.
Muhyiddin berkata, kerajaan tidak menemui cara untuk menangani peningkatan kos sara hidup, dengan ramai orang telah terjerumus ke dalam kelompok berpendapatan rendah sejak wabak melanda.
Beliau turut mendakwa kerajaan Anwar tidak kukuh, sambil mengulangi spekulasi pembangkang tentang rancangan menjatuhkan kerajaan.
Saifuddin membidas Muhyiddin dengan berkata, Muhyiddin patut menumpukan perhatian pada usaha memperkukuh partinya, bukan bergantung selama-lamanya kepada PAS, rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional.
“Sebagai pengerusi PN, bergantung kepada kekuatan parti lain ialah tanda kelemahan,” kata Saifuddin.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source