Suami lafaz talak depan anak2, sewa hotel bersama wanita lain pada malam jumaat
Hati seorang isteri mana tidak luluh dan remuk apabila mendapat tahu suami tercinta berlaku curang di belakangnya setelah bertahun lamanya susah senang bersama dalam institusi rumah tangga.
Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita menerusi hantaran tular dikongsinya di aplikasi TikTok apabila suaminya lebih memilih untuk pergi bersama wanita lain selepas menjatuhkan talak di hadapan anak-anak.
Menerusi hantaran tular, wanita dikenali Mell berterima kasih kepada individu bernama Nur Marissa kerana sudah memusnahkan rumah tangganya selain meninggalkan ucapan khas buat suaminya.
“Terima kasih sudah musnahkan rumah tangga saya, dan untuk awak suami, terima kasih atas semuanya.
“Dan, untuk betina itu terima kasih atas penipuan korang berdua buat dengan saya. Terima kasih atas semuanya,”tulisnya berserta tanda pagar penyondol.
Dedah Mell, suaminya dan wanita berkenaan bertindak untuk menyewa sebuah hotel pada malam Jumaat selepas menjatuhkan talak di hadapan anak-anak.
Bukan itu sahaja, bahkan dia dan anak-anak juga dihalau keluar dari rumah yang menjadi saksi susah senang bersama dalam melayari bahtera alam perkahwinan.
“Nur Marissa, awaklah punca anak-anak saya kehilangan ayah. Awak dah rampas kebahagiaan saya dan anak-anak saya. Disebabkan awak, (suami) lafazkan talak di hadapan anak-anak.
“Hancur perasaan anak-anak saya menjadi saksi atas apa yang berlaku dan sebab awak saya dan anak-anak keluar dari rumah yang sama-sama kami hadapi susah senang.
“Di mana hati naluri kau sebagai wanita, sedang saya melutut memohon menjauhi dia (suami). Tapi, malam Jumaat kau dan dia sewa hotel dan di hari Jumaat juga dia lafazkan talak,”luahnya.
Hantaran berikutnya, Mell turut mendedahkan wanita terbabit meminta suaminya untuk mematikan data, pengesan lokasi termasuklah meletakkan telefon bimbit dalam mod pesawat bagi mengelakkan hubungan mereka kantoi.
Walau bagaimanapun, temberang mereka akhirnya pecah juga lebih-lebih lagi si isteri mempunyai bukti perbuatan terkutuk tersebut termasuk menginap di hotel bersama.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana kebanyakkan warganet memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok @amans_kitchen
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source