Baru dilantik jadi ketua kampung, rumah ditembak lelaki bertopeng
Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka ditembak seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan pintu pagar dalam kejadian di Taman Muhibbah, Kuala Gula, Bagai Serai kira-kira jam 2.50 pagi Selasa.
Menurut laporan Kosmo!, mangsa seorang wanita pada mulanya menyangka bunyi tembakan tersebut adalah mercun sebelum ke tingkap bilik tidurnya untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya nampak seorang lelaki yang memakai topeng muka di luar hadapan pintu pagar sambil memegang sepucuk pistol dan melepaskannya secara rambang ke arah rumah,” katanya.
Ibu kepada empat cahaya mata itu kemudian bergegas mengejutkan suaminya yang sedang tidur bagi memaklumkan tentang kejadian berkenaan.
“Suami saya menternak kerang di Kuala Gula dan dia (suami) baharu sahaja dilantik sebagai ketua kampung di kawasan ini. Kami sekeluarga tidak pernah bermusuh dengan sesiapa…
“…dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk pinjaman dengan ah long,” ujarnya.
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal serta pintu cermin rumah pemilik berusia 56 tahun itu.
Mohd. Yusri berkata, terdapat beberapa kesan tembakan telah dilepaskan hasil pemeriksaan oleh sepasukan polis dari Bahagian Forensik D10, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
“Dijumpai lima kelonsong peluru kaliber 9 milimeter (mm) di tempat kejadian. Hasil siasatan juga mendapati suspek adalah seorang lelaki,” katanya lagi.
Sementara itu, video kejadian terbabit menarik perhatian warganet di aplikasi TikTok bagi memberikan pelbagai reaksi menerusi satu hantaran di akaun Buletin TV3.
@buletintv3 Enam sekeluarga cemas apabila kediaman mereka dihujani tembakan dari penyerang tidak dikenali dalam kejadian di Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak, di sini, awal pagi tadi. #beritaditiktok #buletintv3 #perak #menembak
Difahamkan, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source