Niat & Cara Solat Witir (Panduan Lengkap)
Solat sunat witir merupakan sesuatu yang sangat dituntut. Di dalam madzhab Shafi’e hukum melakukan solat witir adalah sunat mu’akad iaitu sangat dituntut melakukannya.
Di dalam madzhab Hanafi, hukum melakukannya adalah wajib. Solat ini adalah solat yang dilakukan setelah habis melakukan semua ibadah harian kita.
“Witir” secara literal membawa maksud “ganjil” kerana bilangan rakaat yang dilakukan adalah ganjil dan tidak genap. Bagaimanakah cara solat ini dilakukan dan apakah keutamaan melakukannya?
Dalil Melakukan Solat Witir
Di dalam sebuah hadith riwayat Abu Dawud, Rasulullah menceritakan pensyariatan witir dilakukan:
Daripada Abu Ayyub al-Ansari katanya Rasulullah bersabda: “Solat witir itu adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan lima rakaat maka bolehlah dia melakukannya, dan sesiapa yang hendak melakukan witir dengan tiga rakaat maka boleh dia mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rakaat maka bolehlah dia mengerjakannya.”
Kelebihan Melakukannya
Solat sunat ini adalah solat yang istimewa kerana ianya tidak pernah ditinggalkan Rasul. Abu Hurairah mengatakan bahawa ianya amal yang diwasiatkan kepadanya oleh nabi:
أَوْصَانِي خَلِيلِي بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَصَلاَةِ الضُّحَى، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: “Kekasihku berwasiat dengan tiga perkara, aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati. (Iaitu:) puasa 3 hari setiap bulan, melakukan solat dhuha, dan melakukan witir sebelum tidur. -Hadih Riwayat Bukhari
Bilangan Rakaat
Bilangan rakaat yang paling sedikit adalah satu rakaat. Boleh melakukan tiga rakaat , dan inilah sekurang-kurang kesempurnaan. Boleh dilanjutkan juga kepada lima rakaat, tujuh, sembilan dan sebelas rakaat. Witir 11 rakaat adalah pendapat yang mahsyur di dalam madzhab Syafie.
Ini adalah langkah solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
Melafazkan Allahuakbar(اللَّهُ أَكْبَر) berserta niat di dalam hati
Niat Solat Witir Bacaan Rumi: Usolli sunnatal witri lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat witir kerana Allah taala”
Jika melafazkan niat ini sahaja sudah cukup. Tapi jika ingin menambah “dua rakaat”, sebutlah rak’ataini sebelum menyebut “lillahi ta’ala”, dan jika ingin menambah “satu rakaat” sebutlah “rak’atan” sebelum menyebut “lillahi ta’ala”
2. Membaca surah Al-Fatihah
Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)”
3. Membaca surah pilihan
Boleh membaca Surah al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)”
4. Rukuk
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya.”
5. Iktidal
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya”. Tuhan kami bagimu segala pujian
6. Sujud Pertama
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
7. Duduk diantara dua sujud.
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, lindungi aku dan ampunkan aku.”
8. Sujud Kedua
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
9. Berdiri semula untuk masuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
2. Membaca surah pilihan
Membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.
Maksudnya : “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (4)”
3. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
4. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Duduk Tahiyat akhir
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”
9. Memberi Salam
Setelah memberi salam, anda perlulah bangkit semula untuk menyempurnakan lagi satu rakaat
Rakaat Ketiga
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
3. Membaca surah pilihan
Membaca surah An-nas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.
4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
6. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
9. Duduk Tahiyat akhir
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”
10. Memberi Salam
Cara Salam
Jika solat witir 3 rakaat:
- Boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan salam kemudian disambung dengan 1 rakaat kemudian melakukan salam. (dua kali salam)
- Boleh juga dilakukan dengan 3 rakaat terus disambungkan, dengan sekali salam pada rakaat ketiga. Bacaan tahiyat akhir pada rakaat ketiga sahaja. (satu kali salam)
Lebih utama cara dua kali salam kerana bilangan tasyahudnya lebih banyak kali dibaca, juga selawat dan doa sebelum salam dilebihkan.
Jika solat itu bilangan rakaatnya lima ,tujuh, sembilan dan sebelas:
- Melakukan solat dua rakaat-dua rakaat sehinggalah ke tiga rakaat terakhir. Pada tiga rakaat yang akhir boleh dipilih satu salam atau dua salam seperti diterangkan di atas.
Waktu Witir
Waktu yang sesuai adalah seperti berikut:
- Selepas solat Isya, sama ada sebelum solat rawatib ba’diah isya ataupun sesudah solat rawatib ba’diah Isya.
- Tidak sah witir sebelum dilakukan solat Isya.
- Sebaiknya dilakukan pada akhir solat malam.
- Boleh dilakukan sebelum atau sesudah bangun tidur.
- Perlu dilakukan sebelum masuk waktu Subuh.
Witir Pada Solat Tarawih
Solat sunat ini secara berjemaah hanyalah dituntut pada bulan Ramadhan, selepas melakukan solat tarawih secara berjemaah juga.
Melakukan qunut selepas rukuk pada rakaat terakhir solat tarawih di bulan Ramadhan juga merupakan suatu amalan yang sunat.
Menurut madzhab Shafie ianya digalakkan bermula separuh yang akhir Ramadhan. Madzhab Maliki menyarankan membaca qunut pada keseluruhan Ramadhan.
Panduan solat sunat yang lain
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source