Trend Tenun Nama, Tandatangan Pada Baju Kahwin Akan Jadi Hot! Persis Busana Alif Muhaimin & Alissa
Semakin lama, semakin kreatif garapan pereka fesyen terhadap rekaan busana kahwin moden.
Terbaru, pasangan merpati sejoli yang telah melangsungkan majlis resepsi, Alif Muhaimin dan isteri, Nur Fatin Alissa Azam tampil dalam adibusana yang dicipta khas buat mereka hasil kreativiti pereka tempatan, Kashfi Zulkufli.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Bawah Panas Terik Tidak Halang Kegembiraan Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin Tamat Zaman Bujang – REMAJA
Ibarat meraikan sang putera dan puterinya yang muncul dari kisah dongeng, kedua-dua bukan sahaja tampak eksklusif dengan permainan warna hitam putih, malah busana masing-masing mempunyai makna yang lebih mendalam lagi kreatif termasuklah nama Alif Muhaimin yang ditenun pada bahagian bahu blazer!
REMAJA menghubungi Kashfi untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai idea di sebalik pembikinannya.
Bagaimana timbulnya idea bagi busana Alif dan Alissa?
Kashfi Zulkufli (KZ): Perbualan awal kami bermula kira-kira dua bulan sebelum majlis resepsi berlangsung pada 24 Jun 2023. Harus saya berikan pujian buat Alif dan Alissa kerana mereka datang kepada saya lengkap dengan konsep yang diinginkan. Impian mereka adalah agar busana tersebut tidak bersifat stereotaip seperti pasangan pengantin lain. Oleh itu, saya terapkan beberapa kelainan yang boleh korang lihat di beberapa bahagian busana.
Trend tenun nama pengantin pada busana.
KZ: Buat pertama kalinya untuk majlis resepsi selebriti tempatan, saya perkenalkan idea nama pengantin pada sutnya. Nama Alif Muhaimin menghiasi bahagian kiri sut dengan kontras warna hitam putih dan saya percaya, trend nama yang ditenun ini akan menjadi hot dan lebih ramai pengantin yang akan inginkannya untuk busana kahwin mereka pula.
Bagi Alissa pula, kami telah menggunakan idea hand-embroidered custom lace yang dicipta khas untuknya sahaja 100 peratus, dari peringkat melukis motif hinggalah menenun.
Tidak ketinggalan, kami juga menyelitkan elemen bow pada bahagian belakang skirt ball gown siap dengan tandatangan Alyssa yang ditenun pada fabrik bow. Selain itu, busana ini juga mempunyai butterfly cape pada bahagian bahu.
Ya, memang banyak perincian unik pada kali ini dan saya terfikir, why not? Ia adalah hari bahagia mereka yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup.
Tiara Hitam
KZ: Konsep tiara black diamond yang dipakaikan pada kepala Alyssa mungkin kelihatan janggal jika dipadankan dengan rekaan gaun berbeza, namun untuk busana perkahwinannya ia seakan sentuhan terakhir yang melengkapkan imejnya sebagai raja sehari. Kami customed agar ia kelihatan lain daripada yang lain dengan campuran rona hitam dan perak.
Nilai Eksklusif Busana Kahwin Alif Muhaimin & Ayssa
KZ: Seperti yang saya kongsikan tadi, Alif dan Alyssa hadir kepada saya dengan bersedia. Bukan sahaja dengan idea malahan bajet yang ingin digunakan bagi mendapatkan busana perkahwinan impian mereka.
Sepasang busana yang dicipta khas seperti ini selalunya bernilai dalam lingkungan RM30,000 dan Alif sedari awal sudahpun bersedia dengan bajet bersesuaian tanpa merintih untuk ditaja oleh pihak kami. Beliau bersetuju dan memberi kebebasan kepada saya untuk merealisasikan apa yang mereka idamkan.
*
Haa, bayar sendiri tau gaiss!
Apapun Kashfi Zulkufli selaku pereka fesyen pada majlis resepsi perkahwinan telah mencipta magis tersendiri yang lari daripada busana stereotaip agar Alif Muhaimin dan Alissa akan mengingati hari istimewa mereka sehingga bila-bila.
Kredit FOTO: Instagram @alipblastoff
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source