Trauma nak ke sekolah, ibu terkejut dapat tahu bibir anak digigit cikgu lelaki
Seorang ibu meluahkan rasa terkilan dan kecewa setelah mendapat tahu punca anak lelakinya trauma hendak pergi ke sekolah setiap kali tibanya hari Ahad.
Menerusi hantaran Puan Eyma Zaideen, dirinya mula rasa sangsi apabila melihat anaknya pulang dari sekolah dalam keadaan muram lebih-lebih lagi anaknya jenis pendam meskipun diganggu kawan-kawan.
“Saya sebagai seroang ibu boleh rasa macam ada sesuatu tidak kena sebab Abe Cik (anak) jenis tak bagitahu apa-apa terjadi di sekolah. Dia jenis pendam, orang kacau dia ke apa.
“Pertanyaan Abe Cik ni berlarutan setiap kali hari persekolahan bermula. Jadi, lama-lama saya macam pelik seperti anak mempunyai masalah setiap kali pergi ke sekolah dalam keadaan ‘monyok’.
“Jadi, balik sahaja Abe Cik dari sekolah dengan muka sedih seperti baru lepas menangis, saya tanya ‘Kenapa Cik balik menangis? Ada kawan-kawan buli ke?”ceritanya.
Puan Eyma akui terkejut sebaik sahaja mendengar butiran penjelasan yang keluar dari mulutnya apabila mengetahui bibir anaknya digigit oleh guru lelaki.
Dedahnya lagi, dia seakan tidak percaya bahawa seorang guru tergamak bertindak sedemikian dan mendapat gelak tawa oleh rakan-rakan guru lain apabila anak murid mengadu domba.
“Memang cikgu Nor (guru lelaki) terkenal di sekolah, suka gigit orang. Semua budak tengok dia akan lari ketakutan, takut kena pegang dan gigit…
“Anak-anak cakap ada cikgu yang tahu sebab kadang anak murid kena gigit sampai nangis depan cikgu lain dan cikgu tersebut gelakkan dia,”katanya lagi.
Tambah Puan Eyma, dia juga mempunyai bukti bahawa terdapat pelajar lain pernah menjadi mangsa gigitan guru terbabit, seakan dibuli mental anak-anak murid yang datang menuntut ilmu di sekolah.
Katanya lagi, pihak sekolah juga sedia maklum mengenai hantaran tular dibuat oleh Puan Eyma sehingga meminta ia diturunkan daripada platform media sosial.
Terbaharu, Puan Eyma memaklumkan dia sudah pun pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar bagi menuntut keadilan buat anak dan nasib para pelajar.
Katanya, pihak sekolah telah pun mengambil tindakan keras terhadap sikap guru terbabit dan ia dijalankan secara berperingkat mengikut prosedur ditetapkan.
Sumber: FB Eyma Zaideen
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source