Puluhan mat rempit berlumba di highway, seorang ‘hilang nyawa’ 9 lagi cedera
Sekumpulan mat rempit dipercayai berlumba di Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) mengundang padah apabila ada di antara mereka maut dalam kejadian tersebut.
Menerusi video-video yang tular di media sosial, mereka dilihat membawa motosikal dalam keadaan berbahaya dengan melakukan pelbagai aksi kira-kira jam 10 malam semalam. Video tersebut dipercayai telah terakam di dashcam kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut.
Menerusi ciapan yang dibuat akaun Twitter Mynewshub, sekumpulan mat rempit itu telah berlumba sesama sendiri sehingga ada di antara mereka yang maut dan cedera disebabkan berlanggar sesama sendiri.
*”KEJAYAAN” PELUMBA² HIGHWAY LEKAS MALAM TADI KALAU TAK SILAP
* AMBULAN NAMPAK 5 -6 BIJI SAMPAI.. pic.twitter.com/rvWyO7JrIi
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 10, 2023
Memetik laporan dari Harian Metro, seorang mat rempit telah meninggal dunia manakala sembila lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kesal melihat sikap mat rempit berkenaan yang masih lagi melakukan perbuatan sia-sia walaupun tahu risiko yang bakal mereka terima.
Sudah banyak kejadian yang melibatkan lumba haram berlaku sebelum ini dan banyak nyawa juga melayang hanya disebabkan keseronokkan seketika ini
Sumber: Twitter Mynewshub, Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source