Anggap ujian cegah kemungkaran, PU Syed tak gentar disaman Baby Shima
Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed menyatakan dirinya tidak terkesan dengan tuntutan saman yang dilakukan oleh penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima, baru-baru ini.
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dirinya tetap dengan pendirian untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran yang berlaku sekiranya ia salah di sudut agama.
Kataya, Baby Shima mempunyai hak untuk menyaman dirinya, namun itu tidak bermaksud tindakan tersebut membuatkan prinsipnya mencegah kemungkaran goyah.
“InsyaAllah, hak dia untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran,”katanya.
PU Syed dalam satu hantaran memaklumkan, dirinya hanya mengetahui perkara tersebut setelah dihubungi oleh wartawan mStar bagi mendapatkan penjelasan.
Tambah pendakwah berusia 41 tahun, dia menganggap semua itu sebaga salah satu ujian bagi mencegah kemungkaran yang mencemarkan maruah Islam, lebih-lebih lagi ia semakin berleluasa berlaku di Malaysia.
“Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada ambe (saya) dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.
“Para anbiya dan salafuna soleh.. ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak!! Kita diakhir zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,”ujarnya.
Terdahulu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli bertindak mengenakan tindakan undang-undang terhadap dua individu berkaitan PAS iaitu Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed.
Menurut peguam yang mewakili Baby Shima iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi memaklumkan dia memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu terbabit masing-masing di Mahkamah Tinggi Ipoh serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Difahamkan, tindakan itu diambil berdasarkan kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicous falsehood).
Shima bagaimanapun enggan untuk mengulas perkara ini dengan lebih lanjut kerana mahu menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
Sumber: Instagram @pusyed_official
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source