CCTV AI Baharu Di Lampu Isyarat Boleh Kesan Penunggang Motosikal Yang ‘Bermain’ Telefon Bimbit
Sewajarnya, pengguna jalan raya di Malaysia perlu lebih berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan termasuklah menggunakan telefon bimbit di persimpangan jalan raya.
Ini berikutan Kementerian Pengangkutan Malaysia bakal melaksanakan sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan ataupun CCTV AI di persimpangan lampu isyarat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Maklum Yang Berhormat Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 12 Julai, pelaksanaan CCTV AI itu sudahpun diluluskan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan lagi pada Disember 2022.
Jadi, apakah ‘keistimewaan’ CCTV AI ini berbanding kamera litar tertutup terdahulu yang digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas.
Pertama sekali, CCTV AI mampu merakam kessalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dengan lebih teliti dan jelas termasuklah pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan serta menunggang motosikal.
Ya penunggang motosikal, korang juga tidak terlepas.
“Kepada mereka yang selalu ‘bermain’ dengan telefon bimbit sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar hijau, diminta berhati-hati.. anda boleh dikenakan saman,” ujar Anthony.
Pelaksanaan teknologi baharu ini katanya lagi diharap akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian.
Tinjauan REMAJA pada bahagian komentar di media sosial mendapati ramai yang mempersoalkan kesalahan menggunakan telefon bimbit sewaktu lampu isyarat masih merah.
“Mereka hanya menggunakannya sewaktu kenderaan tidak bergerak. Saya tak rasakan itu mengakibatkan masalah kepada orang lain. (Kerajaan) sepatutnya melaksanakan undang-undang lebih ketat untuk rempit yang membahayakan nyawa orang lain.
“Jadi, nak ‘set’ Waze atau Google Map di lampu isyarat pun satu kesalahan?”
“Ada ke kemalangan disebabkan pengguna jalan raya gunakan telefon ketika berhenti di lampu isyarat? ‘Timer’ 100 saat, saya perlu berborak dengan penunggang motosikal lain ke?”
“Ya saya pernah dikenakan saman kerana memegang telefon bimbit untuk menghantar pesanan suara (voice note). Suka atau tidak, penggunaan telefon bimbit sewaktu dalam kenderaan adalah satu kesalahan.”
Haa, apa pendapat korang dengan perkembangan terbaru ini?
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source