Dr M persoal prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’
Kerajaan semasa juga masih dibelenggu keadaan politik ‘tidak tentu arah’, kata bekas perdana menteri itu.
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan.
Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.
“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam satu episod audio siar.
“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”
Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang arahan daripada menteri.
“Menteri tak bagi ‘directive’ apa pun, (kakitangan) makan angin, (itu) saya dengarlah,” katanya.
Awal hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pada separuh pertama tahun ini, negara mencatatkan pelaburan bernilai RM1.7 bilion.
Katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negara mengatasi Singapura, China, dan Indonesia pada tahap 5.6%, manakala inflasi bulanan rendah pada 2.8%.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source