Kes pecah rumah, bekas pemain bola rupanya turut positif dadah
Polis berjaya menumpaskan “Geng Eddy” dianggotai lima lelaki tempatan termasuk seorang bekas pemain bola sepak yang terbabit kes pecah rumah di sekitar daerah Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak sejak Mei lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, penangkapan itu membabitkan kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 34 tahun.
“Geng Eddy” dianggotai lima lelaki tempatan
Mohammad Shofee berkata, ia secara tidak langsung menyelesaikan 13 kes pecah rumah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM350,000.
Suspek bekas pemain bola sepak
Difahamkan, dua suspek ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Sanglang, Pontian pada 3 Julai lalu manakala selebihnya berjaya ditangkap di dua lokasi berbeza pada hari yang sama.
“Sebelum ditahan, suspek sedang memecah masuk sebuah rumah di Sanglang, Benut yang disedari pemilik yang kemudiannya mengejar suspek yang melarikan diri menaiki kereta sebelum terbabas berhampiran lokasi kejadian.
“Hasil siasatan mendapati, “Geng Eddy” melakukan pecah rumah pada siang hari ketika penghuni rumah keluar bekerja. Mereka akan mengumpil pintu pagar dan tingkap sebelum masuk ke dalam rumah…
“…dan mencuri barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai, jam dan beg berjenama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian hari ini.
Hasil mencuri barangan berharga
Berikutan penangkapan tersebut, pihaknya menemui wang tunai termasuk mata wang Korea Utara Won (KPW), barang kemas, beg berjenama, telefon bimbit, komputer riba, pakaian, resit jualan emas selain peralatan pecah rumah.
Tambah Mohammad Shofee, kesemua suspek didapati positif dadah dan semakan rekod jenayah mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 17 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung seorang bekas pemain bola sepak berusia 33 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah sebelum dia dan seorang lagi suspek berjaya ditahan polis.
Perbualan group Whatsapp yang tular
Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source