“Rindu Momen Dia Bayi” Jaga Sendiri Rina Lepas Lahir, Ryzal Ibrahim Terharu Penghargaan “Best Papa”!
Bagi selebriti media sosial yang juga cukup sinonim dengan Duriankimchi, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa terharunya selepas menerima penghargaan buat jasanya selepas bergelar seorang bapa.
Walau sering kali muncul di media sosial menghiburkan pengikutnya dengan content tertentu namun kata Ryzal, dia jarang meluahkan rasa hatinya sebagai seorang bapa. Bila dihargai dia teramat terharu.
Ryzal yang turut dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 meluahkan rasa terharunya.
“Satu ayat dari saya adalah penghargaan. Mungkin selama ini saya tak nampak orang hargai saya.
“Terima kasih Pa&Ma kerana menghargai saya sebagai seorang bapa. Walaupun saya ni suka bergurau, suka buat orang ketawa tapi jarang ada orang yang nampak dan hargai saya kerana pengorbanan seorang bapa.
“Apa yang saya dapat hari ini adalah penghargaan saya dalam membesarkan Rina.
“Mungkin selama ini orang lain tak pernah nampak apa yang saya buat untuk Rina, momen saya dengan Rina saya cuba luahkan tapi orang lain tak pernah nampak. Saya pula jenis tak suka tunjuk apa yang saya rasa,” luahnya sebak.
Malah Ryzal turut mengalirkan airmata ketika menonton momen-momen indah ketika Rina masih bayi.
“Saya akui Rina banyak dengan Maryam bila dia semakin membesar.
“Tapi momen saya memang banyak diawal kelahirannya dulu sebab saya yang jaga dari A-Z tukar lampin, mandikan dia, tidurkan dia sebab Maryam takut masa mula nak uruskan Rina. Sebab masih kecil lagi kan.
“Waktu itu bila usia Rina dah tiga bulan barulah Maryam beranikan diri dan dah tahu macam mana nak uruskan bayi.
“Saya cukup rindukan waktu-waktu itu dimasa dia masih kecil. Terima kasih Pa&Ma,” luah Ryzal yang teramat rindukan momen waktu kecil Rina.
Malah anak kelahiran Kelantan ini juga turut menitipkan ucapan buat Rina.
“Untuk Rina, appa dan omma takkan pernah lupakan Rina, akan sentiasa support Rina. Seburuk mana pun orang buat dekat kita, kita sabar dan jangan balas. Jadi anak yang solehah,” luahnya sebak.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source