Kebangkitan Gwangju 18 Mei: Kebangkitan Rakyat Menentang Keparat Diktator
Pernah tak korang tonton filem A Taxi Driver dan drama Youth of May? Uniknya filem ni ambil kisah benar dan drama ni ambil latar masa ketika berlakunya Kebangkitan Gwangju yang berlaku pada 18 Mei 1980.
Kebangkitan Gwangju atau dikenali juga sebagai Pergerakan Demokratik Gwangju 18 Mei ialah peristiwa kebangkitan yang bermula dengan protes dalam kalangan pelajar universiti di Gwangju menentang pemerintahan ketenteraan di Korea Selatan yang akhirnya disertai oleh hampir seluruh penduduk Gwangju.
Apa punca Kebangkitan Gwangju ni?
Sebenarnya rakyat Korea Selatan dah lama tak puas hati dengan kerajaan sejak Revolusi 19 April 1960. Pemimpin bersilih ganti, kudeta berlaku dimana Jeneral Park-Chung Hee mengambil alih kerajaan. Ketidakstabilan politik ni mencetuskan banyak demonstrasi dan protes oleh rakyat. Segala bentuk protes anti-kerajaan dihalang dengan kaedah keganasan.
Park Chung-Hee dibunuh oleh Presiden Korean Central Intelligence Agency (KCIA) iaitu Kim Jae-Gyu, pada Oktober 1979, menamatkan rejim pemerintahan tentera selama 18 tahun.
Presiden Choi Kyu-Hah dilantik sebagai presiden takde kuasa dominan terhadap kerajaan, Jeneral Chun Doo-Hwan lancarkan kudeta menggunakan kuasa tentera pada 12 Disember 1979 dan pentadbiran tentera dimulakan semula.
Pihak tentera mengugut menggunakan keganasan terhadap rakyat sekiranya mereka tak hentikan demonstrasi dan protes. Hanya daerah Gwangju yang lantang memprotes dikala seluruh negara hanya mampu berdiam diri di rumah.
17 Mei, Chun Doo-Hwan mendesak pihak kabinet meluaskan pemerintahan ketenteraan (kecuali di Pulau Jeju) ke seluruh negara.
Perluasan undang-undang dan pemerintahan ketenteraan memaksa penutupan universiti, pengharaman sebarang aktiviti politik serta sekatan media. Angkatan tentera diarahkan berkawal di semua daerah dalam negara.
Pagi 18 Mei 1980, para pelajar berkumpul di hadapan pintu pagar Universiti Kebangsaan Chonnam menghalang penutupan universiti oleh pihak tentera. Jam 9.30 pagi, seramai 200 pelajar digempur hampir 30 orang tentera. Sekitar jam 10 pagi, pihak tentera yang bersenjata dan para pelajar yang melempar batu saling bertempur.
Konflik semakin serius menjelang tengah hari, hampir 2000 orang menyertai demonstrasi, pihak tentera mengawal sepenuhnya pada 4 petang. Saksi dan pelbagai gambar mendedahkan bagaimana tentera bertindak kejam dengan memukul dan belasah para penduduk dan pelajar yang mengadakan demonstrasi.
Hampir 100,000 orang sertai demonstrasi pada 20 Mei 1980. Jumlah tentera semakin bertambah, mereka semakin berani menembak dan membunuh sejumlah besar penduduk setempat berhampiran kawasan Stesen Gwangju pada 20 Mei 1980.
Para penduduk yang berang bertindak membakar stesen televisyen MBC kerana melaporkan berita palsu mengenai kejadian di Gwangju.
Malamnya, beratus teksi mengetuai perarakan bas, trak dan kereta menunjukkan sokongan mereka terhadap demonstrasi. Ramai pemandu teksi, bas dan kereta dipukul dan ditembak tentera sewaktu mereka cuba membantu penduduk yang tercedera ke hospital dan berlindung.
21 Mei, pihak tentera menembak penduduk yang berhimpun di hadapan Pejabat Daerah Chonnam. 24 Mei, pihak tentera menutup semua laluan keluar masuk daerah tersebut. Segala jenis komunikasi antara Gwangju dengan pihak luar disekat.
Angka kematian rasmi direkodkan seramai 170 orang terbunuh. Secara tak rasmi, jumlahnya mencecah 2000 orang. Beribu lagi dilaporkan cedera dan hilang.
Peristiwa Kebangkitan Gwangju yang berlangsung selama 10 hari membawa perubahan terhadap corak pemerintahan Korea Selatan pada tahun-tahun selepasnya.
Oleh: Azizul Farhan
…
Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:
https://bit.ly/tamadunkorea
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source