Mitos Pulau Tioman Berasal Daripada Naga
Bila tiba musim cuti, Pulau Tioman antara tempat yang wajib untuk dituju. Laut yang membiru dan permai memang sangat menyenangkan hati. Tapi ramai tak tahu Pulau Tioman yang indah tu berasal daripada naga Tasik Chini.
Sekejap, macam mana naga boleh jadi pulau?
Legenda mengatakan ada satu hari tu pasangan naga telah meninggalkan Tasik Chini untuk menuju ke laut. Sampai je dekat laut, baru naga betina teringat dia tertinggal kain cindai.
Naga betina minta izin naga jantan untuk kembali ke Tasik Chini mengambil kain cindai. Naga jantan pun main angguk je. Bukannya reti nak jadi gentleman pergi ambilkan.
Terpaksalah naga jantan menunggu kepulangan naga betina. Sayangnya sampai kesudah naga betina tak kembali. Benda tu bikin naga jantan sangat sedih dan pergi dari situ. Mungkin dia fikir naga betina sudah jumpa naga baru yang lebih sempurna.
Dalam masa yang sama, naga betina dah sampai tapi naga jantan tidak kelihatan. Naga betina apa lagi pergi kejar naga jantan. Namun waktu tidak mengizinkan sebab ayam telah berkokok sebagai tanda pagi menjelma.
Ditambah lagi tradisi puak naga ni tidak membenarkan deme berjalan-jalan pada waktu siang. Naga betina ambil keputusan untuk kekal di situ dan tidak mahu lagi cari naga jantan.
Lama kelamaan naga betina itu bertukar menjadi Pulau Tioman. Naga jantan yang sudah jauh ke hadapan dikatakan telah menjadi Gunung Daik di Kepulauan Riau.
Kalau tengok balik bentuk muka bumi Pulau Tioman ni, rupanya dia sebijik macam naga yang bertanduk. Apa-apapun kisah ini hanya mitos sahaja. Kesimpulannya, jadilah jantan yang gentleman dan setia menunggu walaupun ditolak berkali-kali.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source